“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Wednesday, November 4, 2015

MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

( MOTIVASI  DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN )

PENGENALAN
            Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku organisma yang berterusan untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi, ( penghargaan) adalah menuju ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Apabila merasa dahaga iaitu memerlukan minuman anda bermotivasi (terdorong) untuk berusaha mencari minuman. Tingkah laku anda ( iaitu berusaha mencari minuman) mempunyai suatu matlamat, iaitu untuk memenuhi keperluan dahaga. Insentif atau kepuasan yang anda peroleh kerana usaha itu ialah minuman. Setelah pencapaian matlamat motivasi organisma itu akan berkurangan. 
Secara amnya, motivasi melibatkan tiga keadaan iaitu:-
(i)            Motivasi mewujudkan sesuatu situasi.
(ii)          Situasi mewujudkan sesuatu tingkah laku
(iii)         Tingkah laku itu menuju ke sesuatu matlamat


DEFINISI MOTIVASI

H. W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan  tersebut. Secara ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul. 
Menurut Woolfolk (1990) motivasi dirujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. Manakala Chaplin (1985) menyatakan bahawa angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor dalaman organisma yang membangkitkan dan mengarahkan tingkah lakunya ke arah sesuatu matlamat. Vernon pula menjelaskan bahawa motivasi adalah tugasan yang memerlukan inisiatif peribadi.
Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Ahli psikologi memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai motivasi iaitu :
1. Apakah yang menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku?
2. Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke arah matlamat 
   atau  impian?
3. Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak 
    mencapai impian itu?
Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.
Menurut Kimble, (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan. Manakala bagi Santrock (2008) mengatakan bahawa “motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)
Berikut adalah antara beberapa ciri utama motivasi:-
(i)            Motivasi tidak wujud secara semula jadi
(ii)          Motivasi tidak diwarisi
(iii)         Motivasi boleh diwujudkan oleh keperluan fisiologi atau keperluan psikologi
(iv)         Motivasi menuju ke arah pencapaian matlamat.
(v)          Paras motivasi adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. 
Semakin kuat keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat, semakin tinggilah motivasinya. 





KONSEP MOTIVASI

Perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi iaitu keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi. 
Motivasi juga dirangsang oleh dua aspek iaitu motif dan insentif. Insentif ialah galakan yang mendesak seorang individu supaya bertindak untuk mendapat ganjaran. Manakala motif ialah unsur yang lebih penting daripada insentif untuk merangsang murid dalam pembelajaran. Motif yang berasal daripada dalaman seorang dapat menggerakkan individu untuk mencapai pembelajaran sempurna.
Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau sifat/perangai. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal, mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu, dan mungkin pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung jawab kepada kedua ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka. 

Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi dirujukkan kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh, semua pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah gabungan antara traits(sifat/perangai) diri dan keperluan pada masa itu. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri sendiri: Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai ilmu, atau adakah kerana saya perlu menduduki ujian? Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
JENIS-JENIS  MOTIVASI

Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik ( dalaman) dan motivasi ekstrinsik ( luaran). 
Motivasi Intrinsik 
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi intrinsik’. 
Motivasi intrinsik (dalaman) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi intrinsik lebih terlibat dengan keperluan penghargaan kendiri. Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati.
Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan. 
Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian. 
Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah. 
Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna

Melakukan perbuatan mengajar secara relatif tidak semudah melakukan kebiasaan 
yang rutin dilakukan. Oleh karena itu diperlukan adanya sesuatu yang mendorong 
kegiatan belajar agar semua tujuan yang diinginkan dapat tercapai. Hal tersebut adalah 
adanya motivasi. Menurut Whittaker yang dikutip Darsono (2000) motivasi adalah 
suatu istilah yang sifatnya luas yang digunakan dalam psikologi yang meliputi kondisi-
kondisi atau keadaan internal yang mengaktifkan atau memberi kekuatan pada 
organisme dan mengarahkan tingkah laku organisme mencapai tujuan. Sedangkan 
menurut Winkel motivasi adalah motif yang sudah menjadi aktif pada saat-saat 
melakukan percobaan, sedangkan motif sudah ada dalam diri seseorang jauh sebelum 
orang itu melakukan suatu perbuatan. Menurut Nasution (2000) motivasi adalah segala 
daya yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Dalam psikologi motivasi 
diartikan sebagai suatu kekuatan yang terdapat dalam diri manusia yang dapat 
mempengaruhi tingkah lakunya untuk melakukan kegiatan. Sedangkan menurut Abu 
Ahmadi dan Widodo Supriyono (2004), motivasi sebagai faktor inner (batin) berfungsi 
menimbulkan, mendasari dan mengarahkan perbuatan belajar. "Dalam kegiatan belajar, 
motivasi dapat dikatakan sebagai keseluruhan daya penggerak di dalam diri siswa yang 
menimbulkan kegiatan belajar, yang menjamin kelangsungan kegiatan belajar dan yang 
memberikan arah kegiatan belajar sehingga tujuan yang dikehendaki oleh subyek 
belajar itu dapat tercapai" (Sardiman, 2006). Sedangkan menurut Mc. Donald yang 
dikutip oleh Sardiman (2006) motivasi adalah perubahan energi dalam diri seseorang 
yang ditandai dengan munculnya “feeling” dan didahului dengan tanggapan terhadap 
adanya tujuan. Jadi dalam penelitian ini motivasi belajar diartikan sebagai dorongan 
yang ada dan timbul dalam diri siswa untuk belajar atau meningkatkan pengetahuan 
serta pemahaman kimianya.

Sesuai dengan pengertian motivasi yang dijelaskan di atas, bahwa tidak perlu 
dipertanyakan lagi pentingnya motivasi bagi siswa dalam belajar. Di dalam kenyataan 
motivasi belajar tidak selalu timbul dalam diri siswa. Ada sebagian siswa yang 
mempunyai motivasi tinggi namun ada juga yang rendah motivasinya. Oleh karena itu 
seorang guru harus bisa membangkitkan motivasi yang terdapat dalam diri siswa agar 
dapat mencapai tujuan belajar. Bagi siswa yang sudah mempunyai motivasi, guru 
bertugas untuk meningkatkan motivasinya, jika guru dapat membangun motivasi siswa 
terhadap pelajaran yang diajarkan, diharapkan seterusnya siswa akan meminati 
pelajaran tersebut.

Menurut Mc. Donald, yang dikutip Oemar Hamalik (2003:158) motivasi adalah 
perubahan energi dalam diri seseorang yang ditandai dengan timbulnya perasaan dan 
reaksi untuk mencapai tujuan. Dengan pengertian ini, dapat dikatakan bahwa motivasi 
adalah sesuatu yang kompleks.
Motivasi akan menyebabkan terjadinya suatu perubahan energi yang ada pada diri 
manusia, sehingga akan bergayut dengan persoalan gejala kejiwaan, perasaan dan 
juga emosi, untuk kemudian bertindak atau melakukan sesuatu.
Dalam A.M. Sardiman (2005:75) motivasi belajar dapat juga diartikan sebagai 
serangkaian usaha untuk menyediakan kondisi-kondisi tertentu, sehingga seseorang 
mau dan ingin melakukan sesuatu, dan bila ia tidak suka, maka akan berusaha untuk 
meniadakan atau mengelak perasaan tidak suka itu.













 PERANAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN 



PENGENALAN

Pada umumnya, seorang pekerja yang gembira merupakan pekerja yang paling 
produktif. Dengan kata lain, kepuasan bekerja mendorong peningkatan prestasi. 
Penglibatan pekerja, bimbingan dan tunjuk ajar serta motivasi adalah ramuan yang 
penting dalam menentukan kejayaan keseluruhan organisasi pendidikan. Di dalam 
organisasi pendidikan didapati “pendidikan bertaraf dunia” adalah sebagai wacana 
dalam Dasar Pendidikan Negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu 
bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang 
berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap 
bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion 
perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu.




DEFINISI
Pengurusan Sumber Manusia didefinisikan sebagai suatu pendekatan pengurusan 
Strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi, iaitu individu yang 
menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi. 
Pengurusan sumber manusia juga merupakan pendekatan pengurusan tenaga kerja 
secara menyeluruh meliputi aspek perancangan, latihan, perkembangan kerjaya, 
keselamatan dan kebajikan pekerja, menilai prestasi pekerja, memotivasikan pekerja 
sehingga aspek disiplin dan pampasan pekerja. Menurut Schuler ( 1995), pengurusan 
sumber manusia adalah berkenaan dengan pengurusan manusia sesebuah organisasi 
dengan cara paling berkesan demi kebaikan pekerja, organisasi dan masyarakat.

Istilah motivasi pula berasal daripada perkataan Latin movere yang bermakna bergerak, 
oleh demikian istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan 
sesuatu tingkah laku. Motivasi juga ialah proses untuk membangkit, mengekal dan 
mengawal minat dalam melakukan sesuatu tindakan. Motivasi berlaku dari dorongan 
dalaman dan luaran. Individu yang berjaya selalunya dikaitkan dengan mempunyai 
kekuatan, cita-cita tinggi, kebijaksanaan, daya saing dan daya suai yang kukuh. 
Menurut Bartol & Martin (1994), motivasi juga dikaitkan dengan kuasa yang memberi 
tenaga kepada gelagat, memberi arah haluan kepada gelagat dan menjadi asas kepada 
kecenderungan manusia untuk bertekun.

ORGANISASI PENDIDIKAN - PROFESYEN PERGURUAN MASA KINI

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi 
mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya 
fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah 
pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi 
bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk 
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya 
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, 
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan 
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia 
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar 
yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan 
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk 
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu 
bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek 
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan 
seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan 
jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada 
agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah 
Pendidikan Negara.

Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-
guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah 
mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan 
paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan 
strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:

“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan
tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain:
yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggunakan 
budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable”  (Wan Mohd. Zahid Mohd. 
Nordin)

Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas hati 
dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih giat 
lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai 
ilmu. Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat 
penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan 
akibat daripada perkembangan teknologi dan perledakan maklumat. Dengan kata lain 
kepuasan bekerja seseorang guru akan mendorong peningkatan prestasi.

TEORI-TEORI MOTIVASI

Motivasi ialah proses untuk membangkit, mengekal dan mengawal minat dalam 
melakukan sesuatu tindakan. Motivasi berlaku dari dorongan dalaman dan luaran. 
Individu yang berjaya selalunya dikaitkan dengan mempunyai kekuatan, cita-cita tinggi, 
kebijaksanaan, daya saing dan daya suai yang kukuh.

Teori motivasi boleh dikelompokkan ke dalam dua jenis dan berbeza sudut 
pendekatannya. Pertama, teori kandungan menerangkan unsur-unsur yang secara 
semulajadi wujud di dalam diri manusia dan bagaimana unsure-unsur semulajadi ini 
mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.Teori-teori jenis ini juga disebut dengan 
istilah teori-teori keperluan. Antara teori yang termasuk dalam kategori ini ialah Teori 
Hirarki Keperluan oleh Maslow, Teori Dua-Faktor yang dikemukakan oleh Herzberg dan 
Teori Motivasi Pencapaian oleh McClelland. Teori-teori ini secara tidak langsung 
menerangkan motivasi individual iaitu mengapa seseorang itu melakukan apa yang 
dilakukannya, tanpa sebarang dorongan daripada orang lain.
Jenis teori kedua ialah teori proses yang menerangkan proses-proses motivasi iaitu apa 
yang mendorong seseorang memulakan sesuatu perbuatan, apa yang menyebabkan 
perbuatan ituditeruskannya dan apa yang menentukan arah perbutan itu. Antara teori-
teori yang termasuk dalam kategori ini ialah Teori Pengharapan (Expectancy Theory ), 
Teori Ekuiti, Teori Gol ( Goal Theory) dan Teori Atribusi (Attribution Theory). Teori-teori 
proses mengatakan manusia sentiasa memproses maklumat dan seterusnya 
mengambil pelbagai keputusan. Setiap keputusan yang diambil itulah yang menentukan 
tingkah laku individu berkenaan. Teori-teori jenis ini juga percaya setiap tingkah laku 
manusia didorong oleh tujuan.

Pada dasarnya, tiap-tiap teori motivasi mendakwa ganjaran atau reward sangat besar 
pengaruhnya ke atas tingkah laku individu. Dalam erti kata lain, apabila sesuatu tingkah 
laku itu diberi ganjaran maka itulah yang dilakukan. Seseorang itu terdorong melakukan 
sesuatu perbuatan dengan harapan dia akan mendapat ganjaran yang diharapkan.

Teori keperluan Maslow mengatakan sebagai manusia biasa, seseorang itu melakukan 
apa yang dilakukannya disebabkan ingin memenuhi keperluan-keperluan dari segi 
jasmani, emosi dan rohani. Maslow juga yakin setiap manusia mempunyai harga diri 
dan maruah yang mesti dimuliakan. Maslow juga mengenalpasti lima peringkat 
keperluan iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan 
maruah dan penyempurnaan diri. Antara keperluan fisiologi ialah makanan, air, udara, 
tidur, seks dan kepuasan pancaindera. Apabila seseorang itu hendak mendorong 
sasaran, salah satu cara ialah memberi makan atau makan bersama-sama. Sebagai 
organisasi pendidikan terutamanya sekolah adalah menjadi amalan mengadakan 
jamuan bagi majlis hari guru, keraian, perpisahan dan jamuan akhir tahun. Jamuan ini 
penting bagi menghargai guru-guru dan secara tidak langsung memberi dorongan 
kepada para guru untuk menjalankan tugas dengan lebih baik lagi. Bagi ketua-ketua 
jabatan seperti pengetua atau guru besar yang sering berkursus atau bermesyuarat di 
luar kawasan boleh membeli barangan berupa makanan dan sebagainya sebagai ole-
ole kepada guru-guru dan kakitangan sokongan. Hadiah jenis ini murah harganya dan 
boleh dinikmati oleh semua tanpa mengganggu tugas serta sebagai tanda ingatan 
seorang ketua kepada orang bawahannya. Keperluan seterusnya adalah kepuasan 
pancaindera seperti sentuhan dan belaian. Guru-guru yang bertugas di kampung-
kampung atau kawasan pedalaman perlu membanyakkan perbuatan bersalaman 
dengan masyarakat setempat setiap kali mereka berinteraksi. Secara tidak langsung ia 
menjadi dorongan atau rangsangan untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi 
dan memberi kepuasan kepada guru tersebut untuk menjalankan tugas di kawasan 
yang asing bagi mereka.

Keperluan keselamatan juga penting kerana melibatkan keinginan hendak hidup dalam 
keadaan aman, tenteram, stabil, bebas daripada rasa khuatir, bimbang dan takut. Bagi 
organisasi pendidikan terutamanya sekolah, keperluan keselamatan ini meliputi 
keselamatan fizikal sekolah seperti bangunan yang kukuh, keselamatan guru serta 
pelajar dan sebagainya. Selain itu keselamatan emosi di mana seseorang itu yakin 
tidak akan mengalami perasaan dirinya dihina, diberi malu, dikecewakan, sedih, takut 
dan lain-lain emosi yang membawa penderitaan pada batinnya. Apabila seseorang itu 
suka menegur, mengkritik dan memarahi orang lain, ini menyebabkan orang-orang itu 
berasa tidak selamat apabila berinteraksi dengannya. Ini menyebabkan mereka 
menjauhkan diri daripadanya. Sebagai contoh seorang pengetua atau guru besar yang 
suka marah-marah atau mengkritik di hadapan khalayak ramai boleh menyebabkan 
orang-orang bawahannya seperti guru-guru berasa tidak selesa dan hilang minat untuk 
melakukan sesuatu tugasan itu dengan lebih baik. Salah satu ciri tingkah laku pekerja 
bermasalah ialah mereka hanya membuat apa yang disuruh oleh si ketua dan tidak 
mahu mengambil daya usaha sendiri. Ramai juga ketua seperti guru besar atau 
pengetua mengenakan ancaman dan ugutan seperti ditukar ke tempat lain, tiada 
kenaikan pangkat dan sebagainya. Oleh itu keperluan mahu terselamat daripada 
dimarahi ketua mendorong sesetengah pekerja menyiapkan kerja-kerjanya ala kadar 
sahaja, asalkan tidak kena marah. Oleh itu jelas disini, mereka didorong oleh rasa tidak 
selamat dan bukan didorong oleh hasrat mahu melihat organisasi mencapai matlamat 
penubuhannya.

Teori motivasi seterusnya adalah teori pengharapan dikenali juga expectancy theory. 
Teori ini lebih melihat pada peringkat prestasi kerja atau performance. Mengikut teori 
pengharapan, seseorang pekerja itu mempunyai motivasi kerja yang tinggi apabila dia 
berada dalam tiga keadaan. Pertama, pengharapannya amat tinggi iaitu dia yakin kerja 
itu dapat dilaksanakannya dengan betul. Kedua, instrumentalitinya amat tinggi iaitu dia 
yakin daya usahanya tentu membuahkan hasil yang diharapkannya dan ketiga, 
valensnya amat tinggi iaitu dia sangat mengingini hasil daripada daya usahanya itu.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi semangat kerja dan prestasi adalah manusia 
mengharapkan dengan melakukan sesuatu tugas itu maka dia akan mendapat ganjaran 
yang diharapkan. Nilai ganjaran itu pula bergantung sejauhmana dia memerlukan dan 
inginkan ganjaran itu. Manusia juga sanggup berusaha lebih apabila pada 
pandangannya terdapat perkaitan kuat antara usaha dengan ganjaran itu, yakni 
semakin kuat usahanya, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat ganjaran itu. 
Sebagai contoh, dalam organisasi pendidikan seperti di sekolah, seseorang guru yang 
bermotivasi dan percaya ada ganjaran yang diperoleh sekiranya bekerja dengan 
bersungguh-sungguh seperti mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Guru 
Bestari dan pelbagai anugerah yang berupa ganjaran kepada para guru.

Daya usaha sahaja juga tidak menjamin prestasi tinggi, ertinya tidak semestinya kerana 
seseorang itu berusaha lebih kuat maka prestasinya meningkat. Prestasi amat 
dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi seperti kepintaran, kemahiran, pengetahuan, latihan 
dan ciri-ciri personalitinya, umpamanya adakah dia seorang yang teguh, gigih, kreatif 
dan lain-lain. Sebagai contoh seorang guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang 
tertentu seperti teknologi maka guru tersebut lebih diberikan perhatian oleh pihak 
pentadbir berbanding guru biasa.

Faktor lain yang mempengaruhi semangat kerja dan prestasi adalah ganjaran yang 
diharapkan. Ganjaran pula terdiri daripada dua jenis iaitu ganjaran dalaman dan 
ganjaran luaran. Ganjaran dalaman termasuklah perasaan puas apabila tugas itu 
akhirnya dapat dilaksanakan, perasaan bangga kerana berjaya memikul tanggungjawab 
yang berat dan pengiktirafan yang diperolehi. Ganjaran luaran pula termasuklah gaji, 
bonus dan keadaan di tempat kerja. Sebagai contoh terdapat ramai guru yang memiliki 
ganjaran dalaman ini termasuklah kepuasan yang diperolehi apabila anak-anak didik 
mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti 
UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. Sememangnya para guru lebih bermotivasi 
sekiranya terdapat tingkah laku positif anak didik mereka termasuk guru-guru yang 
mengajar prasekolah kerana kebanyakan murid yang memasuki prasekolah bermula 
dengan kosong iaitu tidak tahu membaca, mengira dan sebagainya tetapi di akhir tahun 
murid-murid ini ada yang sudah menguasai 3M ( membaca, mengira dan menulis ). 
Oleh itu, perasaan bangga dan kepuasan akan dirasai oleh guru prasekolah tersebut 
dan sudah tentu guru tersebut lebih bermotivasi dan cuba meningkatkan prestasi 
kerjanya walaupun kadangkala usaha tersebut tidak mendapat perhatian dari pihak 
pentadbir seperti guru besar.

Selain itu, ketua-ketua jangan sekali-kali terlepas kata-kata yang mengandungi 
ramalan-ramalan negatif ke atas prestasi pekerja disebabkan orang-orang bawahan 
amat percaya apa yang dikatakan oleh ketua-ketua mereka itu betul. Perkara yang 
diramalkan oleh seorang ketua mungkin tidak ada asasnya sama sekali, tetapi 
disebabkan si ketua meramalkan perkara itu terjadi , akibatnya ramalan itu benar-benar 
menjadi kenyataan. Ramalan si ketua itu hanyalah apa yang dibayangkannya semata-
mata. Sebagai pengetua atau guru besar sesebuah sekolah perkara seperti ini 
kadangkala berlaku juga di mana mereka suka membuat ramalan tentang prestasi kerja 
guru-guru mereka berdasarkan kepada hubungan guru tersebut dengan pihak 
pentadbir. Begitu juga antara guru dengan anak-anak muridnya di mana guru tersebut 
membuat ramalan terlebihdahulu tentang prestasi para pelajarnya dan sudah tentu 
tiada layanan yang adil. Ramalan juga boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu 
tidak objektif lagi kerana dia akan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan 
orang lain berperilaku seperti yang diramalkannya. Ia juga menyebabkan seseorang itu 
Cuma melihat apa yang diramalkannya, bukan apa yang sebenarnya adalah realiti.

Teori proses seterusnya adalah teori pengukuhan atau reinforcement theory dan teori 
ini adalah yang paling berguna bagi tujuan mendorong tingkah laku. Teori ini 
mengatakan manusia melakukan apa yang dilakukannya kerana mengharapkan 
ganjaran. Ganjaran adalah salah satu faktor yang dapat mencipta hubungan positif 
antara ketua dan mereka yang menjadi subordinat atau orang-orang bawahannya. 
Strategi mengubah tingkah laku yang hendak diamalkan di dalam organisasi sebaik-
baiknya menekankan aplikasi pengukuhan positif dan bukan pengukuhan negatif, 
hukuman atau dendaan. Ini lebih penting lagi apabila hendak memberi dorongan 
perubahan tingkah laku kepada sesuatu kumpulan.

Menurut teori pengukuhan, setiap ganjaran berfungsi sebagai pengukuh bagi sesuatu 
tingkah laku. Dua fungsi pengukuh adalah pertama, mendorong penerima mengulangi 
tingkah lakunya yang positif. Sesetengah jenis ganjaran mendorong penerimanya 
mengulangi tingkah lakunya. Tingkah laku yang diulang itu mungkin yang baik ataupun 
yang buruk. Ganjaran yang berfungsi dengan cara begini disebut pengukuh positif. 
Sebagai contoh murid yang diberi perhatian oleh gurunya apabila dia melakukan 
kesalahan. Lain kali, apabila si murid mahukan perhatian gurunya maka dia boleh 
mendapatkan perhatian itu dengan melakukan kesalahan.

Fungsi kedua ialah mendorong penerima memberhentikan tingkah lakunya yang 
negatif. Sesetengah ganjaran mendorong si penerimanya memberhentikan tingkah 
lakunya, sama ada tingkah laku itu jenis yang baik mahupun yang buruk. Ganjaran 
yang menimbulkan kesan begini dikatakan mempunyai kesan pengukuh negatif. 
Pengukuh negatif pula berfungsi memadam atau mencantas sesuatu tingkah laku. 
Sebagai contoh, seorang guru yang dikenakan tindakan disiplin kerana tidak hadir 
bertugas dan sebagainya mungkin tidak akan mengulangi perbuatannya itu apabila 
ditukarkan ke sekolah lain. Contoh tingkah laku baik yang diberhentikan ialah dalam kes 
seorang guru yang menggunakan inisiatif sendiri sewaktu menjalankan tugas seperti 
menghantar ke sesuatu pertandingan dengan menggunakan ideanya sendiri tetapi 
kemudian dimarahi oleh ketuanya, maka selepas itu dia tidak mahu lagi menggunakan 
inisiatifnya sendiri.

Teori pengukuhan mengatakan setiap individu memerlukan ganjaran bagi semua yang 
dilakukannya. Sebagai contoh menurut teori ini, seorang pekerja akan membina 
hubungan baik dengan ketuanya kerana dia mengharapkan ketuanya akan memberi 
pelbagai ganjaran, tetapi jikalau yang diterima daripada ketuanya adalah yang 
sebaliknya maka pekerja itu tidak mempunyai dorongan hendak membina hubungan 
baik itu. Jenis dorongan pula boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu dorongan 
dalaman dan dorongan luaran. Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu 
melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa 
seronok dan puas hati. Dalam keadaan ini apa yang menyebabkannya seronok bekerja 
adalah pekerjaan itu sendiri. Dorongan dalaman menyebabkan seseorang itu suka 
melakukan kerja-kerja yang diminatinya walaupun individu-individu lain mungkin 
mengatakan kerja tersebut sia-sia dan tiada faedah. Sebagai contoh, seorang guru 
yang sangat minat berkebun serta melakukan keceriaan sekolah akan sentiasa 
memastikan kawasan sekolahnya sentiasa bersih dan ceria walaupun tugas tersebut 
sukarela namun guru tersebut sanggup melakukannya selepas waktu sekolah.

Dorongan luaran pula adalah kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tugas 
disebabkan ada ganjaran-ganjaran luaran, ataupun disebabkan tidak mahu dihukum. 
Dalam keadaan ini faktor keseronokan tidak ada pada tugas tersebut. Hukuman pula 
adalah contoh pendorong luaran. Lain-lain contoh dorongan luaran ialah wang, 
pangkat, hadiah, puji-pujian, bintang kehormatan, gelaran dan sebagainya. Kajian-
kajian pakar psikologi seperti Amabile dan Fabes mendapati apabila individu-individu 
yang dahulunya seronok melakukan sesuatu kerja, tetapi kini diberi ganjaran luaran 
untuk melakukan kerja yang sama, maka didapati hilang rasa seronok dan minat 
mereka juga merosot. Sebagai contoh, ramai graduan yang memilih untuk menjadi guru 
adalah kerana tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan lain. Mereka ini, biasanya 
melakukan tugas mengajar kerana terpaksa dan betul-betul berminat.

Ciri-ciri jenis ganjaran yang berkesan bagi mendorong seseorang itu melakukan kerja-
kerja yang baik adalah seperti ganjaran tersebut diberi atas keupayaan iaitu ganjaran 
itu diberikan apabila individu itu mempunyai keupayaan melakukan tugas tersebut 
maksudnya beri ganjaran atas apa yang dia berupaya lakukan. Sebagai contoh, guru 
baru yang mula bertugas sebulan tetapi sudah menunjukkan kecekapan yang amat 
tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajarannya, maka bolehlah dia diberi 
ganjaran seperti pujian atau hadiah. Ganjaran jenis ini dapat mendorongnya terus 
bekerja dengan lebih baik lagi.

Seterusnya, ganjaran diberi atas bakat luar biasa. Ganjaran tersebut diberikan apabila 
pekerja itu mempunyai pencapaian luar biasa. Sebagai contoh, seorang guru yang baru 
pertama kali masuk pertandingan pidato atau bahas, tetapi dia berjaya masuk ke 
peringkat kebangsaan, itu menunjukkan pencapaian luar biasa dan ganjaran yang 
diterima mendorong dia terus meningkatkan pencapaiannya.

Seterusnya, ganjaran diberi bagi menimbulkan dorongan dalaman iaitu menggunakan 
ganjaran sebagai salah satu cara menggalakkan pekerja supaya mahu terus melakukan 
sesuatu tugas itu sehingga timbul minat dan keseronokan dalam hatinya. Ada banyak 
perkara yang baik tetapi seseorang itu tidak berminat melakukannya, sebagai contoh, 
perbuatan membaca adalah baik tetapi ramai orang tidak berminat melakukannya 
termasuk pelajar-pelajar sekolah sehingga diadakan kempen bulan membaca dan 
program NILAM. Seseorang itu sebenarnya dapat didorong meminati apa yang kurang 
diminatinya. Beri ganjaran sewaktu dia baru mula mahu melakukan tugas itu. Apabila 
ada tanda-tanda dia mula seronok melakukan tugas tersebut, kurangkan ganjaran itu 
sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, apabila mendorong guru-guru belajar 
menggunakan sistem komputer, beri ganjaran kecil seperti disket percuma dan 
sebagainya supaya mereka mencapai tahap kemahiran di mana pada tahap itu dia 
mulai berasa seronok bekerja dengan sistem itu. Apabila sudah seronok, ganjaran 
dapat dihentikan dan dia akan melakukan kerja tersebut disebabkan dorongan 
dalamannya sendiri.

Terdapat pelbagai jenis ganjaran yang dapat diberikan sebagai pengukuh positif bagi 
sikap, tabiat dan tingkah laku positif. Jenis-jenis ganjaran itu adalah makan minum, 
dalam Islam juga ganjaran bentuk makan minum adalah sangat digalakkan. Antara 
contoh ganjaran makan minum adalah makan tengahari yang dibayar oleh jabatan, 
jamuan keraian, bakul makanan dan buah-buahan untuk yang sakit yang dibayar oleh 
jabatan. Jenis ganjaran seterusnya adalah cenderamata. Antara contoh cenderamata 
adalah jam tangan, barang kemas, pakaian, hiasan dinding dan sebagainya. Jenis 
ganjaran seterusnya adalah peralatan kerja. Antara contoh peralatan kerja adalah 
komputer, keanggotaan kelab eksekutif, perabot pejabat, telefon bimbit dan 
sebagainya. Seterusnya ganjaran jenis halwa mata dan telinga, contohnya ruang 
pejabat peribadi yang lebih luas, perhiasan dalaman, muzik yang disalurkan, 
mendengar penceramah jemputan dan sebagainya. Jenis ganjaran seterusnya ialah 
pemberian wang. Antara contoh ganjaran kewangan ini adalah hadiah wang khas atas 
perkhidmatan cemerlang, kenaikan gaji, bonus peribadi, polisi insurans, potongan 
bayaran hospital, potongan kenderaan dan lain-lain lagi.

Ganjaran sosial pula adalah sebarang kata-kata ataupun perbuatan yang membuatkan 
seseorang itu berasa dirinya dihargai atas apa yang sudah dilakukannya. Kajian-kajian 
juga menunjukkan ganjaran jenis ini paling kuat kesannya disebabkan ia memenuhi 
semua ciri-ciri ganjaran yang baik. Kajian juga menunjukkan kesan ganjaran jenis ini 
paling besar apabila ia datang daripada individu yang berstatus tinggi contohnya Ketua 
Pengarah, Pengurus Besar ataupun Guru Besar yang memuji guru atau pekerja 
bawahannya termasuk murid. Contoh-contoh ganjaran sosial ini seperti puji-pujian lisan 
yang spesifik, surat pujian, pengiktirafan secara terbuka, jamuan keraian, penghargaan 
dalam mjlis rasmi, maklum balas kemajuan prestasi dan sebagainya.

Ganjaran sebenar ataupun ganjaran simbolik ialah apa-apa yang diberikan atas apa 
yang sudah dilakukan oleh si penerimanya. Nilai ganjaran itu bukanlah pada harga 
sebenar barang tersebut, tetapi pada nilai dan makna emosinya bagi diri si penerima. 
Contoh-contoh ganjaran simbolik dan ganjaran benar adalah trofi, plak dan lain-lain, 
alatan kerja seperti komputer, talian telefon terus, telefon bimbit yang dibayarkan bilnya, 
keahlian kelab, dijemput duduk di atas pentas dan dijemput duduk sebaris ataupun 
semeja dengan ketua.

Ganjaran kerja pula ialah kuasa dan tugas-tugas tambahan kepada kerja-kerja yang 
sudah dijalankan. Contoh-contoh ganjaran berkaitan kerja termasuklah kenaikan 
pangkat, tugas-tugas yang lebih besar dan mencabar, penilaian prestasi yang positif, 
dilantik ke dalam jawatankuasa penting, diberi peluang berkursus dan belajar, diberi 
pembantu, dipilih menjadi wakil ketua dan sebagainya. Dalam organisasi pendidikan, 
ganjaran kerjalah yang paling banyak diberi. Contohnya terdapat guru yang 
menyandang banyak jawatan penting dalam pelbagai jawatankuasa seperti menjadi 
setiausaha PIBG, pengerusi kelab staf dan sebagainya. Kajian pakar psikologi juga 
mendapati wujudnya kecenderungan di mana seseorang membina hubungan dengan 
individu-individu yang pernah diberi ganjaran olehnya. Kajian itu juga mendapati 
seseorang itu cenderung menyukai individu yang pernah mereka tolong.


PENUTUP

Sama ada disedari atau tidak ketua-ketua sentiasa memberi maklumbalas akan 
prestasi dan tingkah laku subordinat mereka, baik di tempat kerja mahupun di luar. 
Perbuatan memberi maklumbalas adalah salah satu perbuatan yang dapat berfungsi 
sebagai pengukuh positif yang amat berkesan. Apa yang dimaksudkan sebagai 
maklumbalas ialah perbuatan memberi maklumat berkenaan apa yang sudah dilakukan 
oleh subordinat. Maklum balas ini boleh jadi dalam bentuk kata-kata, tingkah laku ketua 
itu sendiri ataupun hadiah dan pemberian. Semua bentuk maklumat adalah maklum 
balas. Contohnya apabila seorang guru besar meminta seorang guru menolongnya, 
guru tersebut mendapat maklumat ketuanya menyukai dirinya. Secara tersirat, setiap 
ganjaran daripada ketua memberitahu bahawa apa yang dilakukan oleh subordinat 
adalah tingkah laku yang baik. Akhir kata, dalam organisasi pendidikan khususnya 
sekolah seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan prestasi kerja supaya tergolong 
dalam kategori pekerja yang paling produktif selaras dengan matlamat pemimpin 
negara untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB