Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber
sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan,
kawasan rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai
sebuah organisasi pendidikan.
Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di
sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga
perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan
yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-
institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar,
penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan
itu berjalan lancar.
Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan
maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-
satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih
berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab
dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara
optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan
pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat
sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahan-bahan cetak, carta, peta,
transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan pelbagai koleksi buku bacaan.
Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan
jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan
jasmani sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu
melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di
antara objektif umum pendidikan jasmani ialah:
memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal,
mental, sosial dan emosi.
menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari
dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.
menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas
gimnastik.
mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam
persekitaran.
mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.
. merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di
dalam dan di luar sekolah.
menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan
dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian
sebagai perserta atau penonton.
Keceriaan Sekolah
Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak
dapat dinafikan lagi. Kecemerlangan murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor
persekitaran pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini
saling berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang
pelaksanaan seluruh potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu
memungkinkan perkembangan maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan
intelek murid.
Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid yang
didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan
membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan
sekolah ialah:
Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat,
bersih dan indah.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan
pembelajaran.
Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya
mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.
Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan
masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha
keselamatan, kebersihan dan keindahan.
Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-
sekolah,
Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak
sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi
kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta
kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada
merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah.
Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah.
Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan
inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan
taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.
Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar
yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama
yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar
dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam
sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar.
Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan
taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta
mempunyai motif pembelajaran haruslah diutamakan.
Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang
antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung
Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan.
Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-
buahan seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai.
Paya-paya dan anak-anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan
keasliannya dengan pokok rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang lain.
Di samping itu boleh dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran
minda, rumah tradisional, mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan
antik yang boleh dikumpulkan daripada penduduk setempat, dipamerkan dan
dijadikan mini muzium.
Definisi “Reruang”
Menurut Caudill, (1978), “Reruang” didefinisikan sebagai bentuk yang terdiri
daripada lantai, siling dan dinding. Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang statik
dan ruang dinamik. Ruang statik merujuk kepada ruang yang terhad, tidak terbuka
dan tiada pergerakan udara yang terbuka dan memberikan pergerakan yang bebas
di antara dalam dan luar ruang tersebut. Menurut Testa, Carlos (1975), “Reruang”
merupakan suatu entiti yang merujuk kepada parameter tertentu. Ruang yang
dirancang, direkabentuk dan dibina mengikut ukuran tertentu mempunyai unit
keluasan sebagai parameternya. Dalam konteks ini, ruang tetbahagi kepada lima
kumpulan utama iaitu “Ruang Pembelajaran Am”, “Ruang Pembelajaran Khusus”,
“Ruang Bukan Tujuan Pembelajaran”, “Ruang Peermainan” dan lain-lain kemudahan
“Ruang Bukan Bangunan”.
Ruang pembelajaran am ialah bilik-bilik darjah yang digunakan oleh pelajar untuk
mempelajari sebahagian besar daripada mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Ruang pembelajaran khusus meliputi pelbagai jenis ruang yang diperuntukkan
khusus untuk mata pelajaran elektif.
Budaya Senggara
Budaya senggara bermaksud himpunan segala usaha yang dilakukan secara
berterusan untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan bagi mencapai
kesempurnaan. Budaya senggara berfungsi untuk penyenggaraan pemulihan
( corrective maintenance) yang n berfungsi untuk membaiki atau mengganti
komponen atau sumber fizikal itu supaya dapat berfungsi mengikut standard yang
ditetapkan. Selain itu budaya senggara berfungsi sebagai penyenggaraan
pencegahan sepeti kerja-kerja memeriksa ,service, membaiki atau mengganti
komponen atau sumber fizikal secara teratur mengikut jadual yang ditetaokan bagi
mengurangkan kerosakan dan dapat beroperasi dengan cekap. Langkah ini juga
juga amat berguna bagi mengurangkan kerosakan dan dapat beroperasi dengan
cekap dan selamat. Pemeriksaan yang kerap juga perlu dilakukan pada bilik darjah
,bumbung sekolah, pagar, tangki air, pendawaian elektrik, pemadam api, dinding
bangunan dan jenis pokok-pokok hiasan yang ditanam di kawasan sekolah.
Di samping itu keindahan dan keceriaan sekolah perlu sentiasa dalam keadaan
bersih dan indah supaya dapat membangkitkan minat belajar di kalangan murid-
murid sekolah.
Pengurusan Pembangunan Fizikal Sekolah
Pihak pengurusan sekolah terutama guru besar sewajarnya memainkan peranan
penting bagi mengurustadbir dalam hal berkaitan keceriaan dan kebersihan fizikal
sekolah. Dalam hal ini beberapa spesifikasi perlu diambil perhatian oleh pihak guru
besar ialah:
1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa keceriaan sekolah untuk menentukan
kawasan mana yang perlu diceriakan dan menentukan jenis, bentuk dan tema
yang akan dibina.
2. Memastikan peruntukan kewangan adalah mencukupi .
3. Menentukan bahan-bahan yang perlu dipesan.
4. Menyediakan borang pesanan dalam 3 salinan dan mendapat kelulusan guru
besar
5. Menghantar 2 salinan borang pesanan ke pembekal.
6. Mnerima dan menyemak barang-barang pesanan daripada pembekal
7. Merekod barang-barang yang diterima ke dalam stok.
8. Menjalankan kerja-kerja projek keceriaan yang telah ditetapkan.
9. Menyediakan laporan lengkap setelah projek siap dan diserahkan kepada
guru besar.
Sekolah Selamat
Realitinya kebanyakan sekolah di seluruh negara adalah selamat dan berfungsi
secara efektif. Walau bagaimanapun kita harus sedar pada hakikatnya bahawa
terdapat murid yang datang dari keluarga bermasalah dan wujudnya pengaruh
luaran yang negatif yang mempengaruhi murid sekolah hari ini. Perubahan dalam
iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan kepada mengenal pasti
kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan
dan kejayaan murid-murid serta guru-guru. Adalah menjadi tanggungjawab semua
pihak terutama keluarga, pihak sekolah dan komuniti setempat untuk mewujudkan
polisi sekolah selamat dalam konteks pengurusan fizikal sekolah khasnya.
Dalam banyak keadaan perkara ini kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan
fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah. Oleh itu polisi yang
berterusan perlu diwujudkan. Kurangnya kerjasama daripada keluarga dan
masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan menyebabkan
berlakunya ketidakupayaan sekolah menangani isu-isu berkaitan.
CONTOH ANALISIS SWOC
Kelestarian Hasil Akhir
Bagi memastikan kelestarian hasil pelaksanaan strategi –strategi dalam analisis
SWOT di atas, Kaplan dan Norton (2003) menggariskan empat langkah berkesan
seperti berikut:
1. Fokus strategik (strategic fokus)
2. Penilaian (assessment)
3. Perubahan ke atas perancangan dan implementasi(change planning andimplementation)
4. Penambahbaikan berterusan (continuous improvement)
Kaplon dan Norton (2003) mencadangkan agar langkah pertama
dengan fokus strategik. Pada peringkat ini, kita perlu menghalusi dan melakukan
strategik. Pada peringkat kedua , iaitu penilaian. Kita perlu membuat audit pada
ukuran atau KPI, membina KPI baru , mengaplikasikan KPI baru, melakukan analisis
hasil,dan menyediakan pelaporan. Seterusnya kita perlu membuat perubahan ke
atas perancangan dan pelaksanaannya serta mengimplementasikan perancangan-
perancangan yang telah melalui penambahbaikan. Bagi langkah terakhir, iaitu
penambahbaikan berterusan, kita perlu meneliti dan mengesan ukuran-ukuran
berkaitan (track metrics) , membuat penambahbaikan berterusan, menyemak semula
scorecard dan menurunkannya ke bawah (cascade). Dengan menyempurnakan
kesemua empat langkah itu, kita dapat melestarikan prestasi atau pencapaian
organisasi kita sehingga mencapai misi dan visi organisasi dalam tempoh beberapa
tahun akan datang.
Aktiviti-aktiviti ke arah Implementasi Strategi
Melaksanakan strategi bukan suatu perkara yang mudah, terutamanya apabila
organisasi kita mempunyai struktur organisasi yang kompleks. Umumnya, terdapat
sekurang-kurangnya tiga jenis struktur organisasi , iaitu jenis piramid, jaringan, dan
metriks. Kejayaan melaksanakan strategi bergantung pada kompleksiti struktur
organisasi sesebuah organisasi. Malang sekali jika struktur organisasi itu hanya
dijadikan ‘perhiasan’ tanpa dimanfaatkan bagi kecekapan pengurusan organisasi.
Bagi Kaplan dan Norton (2003) , pelaksanaan strategi perlu diperjelas kepada
semua warga dalam semua peringkat organisasi. Ini bukan sahaja membolehkan
pemimpin menyejajarkan semua aktiviti, objektif, dan strategi pada semua peringkat
pengurusan, tetapi juga dapat memperjelas tanggungjawab kepada semua warga
organisasi. Penjelasan ini boleh direalisasikan melalui perbengkelan pelaksanaan
atau implementasi strategi.
Pertamanya, kita perlu menetapkan hala tuju yang jelas (strategic clarity) seperti :
i) Memperjelas mandat, misi, dan visi organisasi serta tujuan utama
pewujudan organisasi,
ii) Peringkat manakah organisasi hendak diposisikan dan
iii) Cadangan-cadangan bagi memberi nilai kepada pelanggan
Semua ini berkaitan dengan artikulasi dan kefahaman berkaitan konsep kejayaan
masa hadapan yang dihajati.
Langkah berikutnya adalah menterjemahkan strategi kepada terma-terma
pengoperasian (operational terms), iaitu menentukan matlamat strategik , objektif
strategik, pengukuran (KPI), sasaran, dan inisiatif (Kaplan dan Norton, 2003). Kita
sebagai pemimpin, seterusnya perlu merancang dan melaksanakan penyajajaran
kepimpinan (leadership alighment) seperti:
i) Berkenalan dan merapatkan jurang sesama warga organisasi,
ii) Membina budaya saling mempercayai ,
iii) Persetujuan bersama dan perkongsian pendapat,
iv) Meningkatkan kesedaran akauntabiliti, komitmen, dan tanggungjawab
v) Memperbaharui semangat dan azam, disiplin dan kesedaran tinggi
terhadap kesegeraan dan
vi) Menanamkan daya pemikiran mendalam dalam kalangan semua warga
organisasi
Kaplon dan Norton (2003) menjelaskan:
‘The Balanced Scorecard is about managing the transmission of strategy,
while leadership is about motivating people ti give their best to achieve a
worthwhile goal. These two different approaches work together in high
performance organizations’
Ini bermakna BSC berkaitan dengan pengurusan penyampaian strategi , manakala
kepimpinan pula berkaitan dengan memotivasikan orang supaya mampu menghasilkan yang
terbaik dalam mencapai matlamat . Kedua-dua faktor ini boleh bekerjasama dalam
organisasi berprestasi dan berimpak tinggi.
0 comments:
Post a Comment