PENGURUSAN STRATEGIK
Firman Allah bermaksud:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi
dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah , musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada
jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiayai.”
(maksud surah al-anfal:60)
Pengurusan strategik memerlukan kita untuk membuat perencanaan bagi menentukan
matlamat (terutama, jangka panjang), menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk
mencapai matlamat tersebut. Strategi diperlukan sebagai penggabungan dan penyepaduan
pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.
Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan.
Definisi Pengurusan
Pengurusan dapat didefinisikan sebagai satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan.
Istilah pengurusan telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggi dan
mengarahkah kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan ( Ahmad Atory, 1996). Oleh itu,
setiap manusia merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsung dan akan
terlibat dengan pengurusan walaupun ia hanya menguruskan hal peribadinya sahaja. Pengurusan
juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-teknik yang diguna pakai dalam mengendalikan
sesebuah organisasi agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ia merupakan
gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian akan memainkan
peranan penting dalam organisasinya. Oleh yang demikian, proses pengurusan merupakan
gabungan beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan, seterusnya ia akan membentuk set lengkap yang akan digunakan oleh pengurus
bagi memastikan setiap misi dan visi sesebuah organisasi akan berjaya.
Pengurusan ialah satu proses social yang dibentuk untuk mendapatkan penyertaan dan
penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang paling
berkesan (Drucker, 1972)
Definisi Strategik
Istilah Strategik berasal daripada bahasa Greek “Strategos” yang boleh diertikan sebagai “Fungsi
Seorang Jeneral” ( Zainal Abidin , 2008). Dalam istilah ketenteraan, ia member erti “Kepakaran
Seorang Jeneral” menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani ancaman
musuh.
Dari sudut perancangan, strategik pula bermaksud seseorang pengurus menggunakan
beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik
yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ini meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah
organisasi termasuk misi dan visi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi
dan kaedah yang digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Strategik yang berkesan dan
sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah
organisasi. Sekiranya percaturan strategik yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati
kesesuaiannya maka ia akan menyebabkan berlakunya kerugian, pembaziran dan kemunduran
sesebuah organisasi.
The Art of Generalship. Sesuatu proses itu strategic apabila melibatkan pemilihan
tindakan yang terbaik untuk reason kepada persekitaran yang dinamik (Allison & Kaye, 2004)
Konsep Pengurusan Strategik
1. Planning ( merancang )
2. Organizing (mengelola )
3. Leading ( memimpin )
4. Controlling ( mengawal )
Definisi Pengurusan Strategik
Dikaitkan dengan rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai
matlamat atau kejayaan sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007)
Suatu proses pengurusan yang memberi tumpuan pada aspek jangka panjang sesebuah
organisasi dengan memberi penekanan secara berterusan pada operasi penggubalan,
pelaksanaan, dan penilaian strategi tertentu.
Suatu proses formulasi, implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan
memastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya. (David, 1986)
Aktiviti merancang, mengelola,memimpin dan mengawal yang disusun secara kemas dan
teratur bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat sebagai keperluan
asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut
Merupakan salah satu elemen terpenting bagi setiap individu samaada sebagai pemimpin
atau pengurus di sesebuah organisasi
Sebagai pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan program-program
yang dilaksanakan di organisasi.
Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari secara teori,dapat diaplikasikan melalui
program-program berasaskan konsep pengurusan strategik ini (Institut Aminuddin Baki,
1999)
Mengapa Perancangan Strategik
• Mempunyai satu kerangka proses kerja yang sistematik untuk menterjemahkan misi, visi
dan strategi kepada aktiviti-aktiviti kerja harian
• Menghubungkan antara matlamat strategik dengan KPI bagi mengawal prestasi
organisasi
• Meningkatkan keupayaan pemimpin untuk mengukur, mengawal strategi secara berkesan
bagi mencapai misi dan visi
• Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan masa, tenaga dan kos
• Membina satu kerangka kerja apa yang patut dilakukan untuk menentukan halatuju masa
depan organisasi
• Menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat dan bertanggungjawab sama
untuk mencapai matlamat organisasi
• Menjadikan organisasi lebih berfokus ( First thing first)
• Melakukan perkara yang betul dengan betul, untuk orang yang betul, pada tempat yang
betul, masa yang betul dan kos yang betul
Perancangan Strategik
Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan jangka masa panjang yang mana
organisasi akan menentukan misi, visi dan objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk
mencapai misi dan visi yang ditetapkan ( Muhamad Ali Embi, 2003). Ia juga dilihat sebagai
suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi
dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh
member risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi baru kepada
seseorang pengurus untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan sesebuah organisasi dan
peluang-peluang yang wujud dalam membuat keputusan. Pengurusan Strategik wujud hasil
daripada cetusan Perancangan Strategik yang dijalankan dan ia mempunyai dua komponen
utama iaitu :
a) Pengurusan Isu Strategik itu sendiri yang mana merupakan lanjutan daripada
Perancangan Strategik.
b) Melengkapkan seseorang Esekutif dengan sifat yang sentiasa berwaspada dan
bersedia dalam menghadapi apa-apa kejadian di luar jangka dalam sesebuah
organisasi
Komponen ini turut dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka (Surprise Management).
Dengan adanya kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurus akan dapat menangani segala
permasalahan yang timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya
saing dan maju.
Menurut Fidler, 2002, Proses formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan
perancangan tersebut. Ini melibatkan proses analisis strategik, pemilihan strategik,
dan implementasi strategic.
Kepentingan Perancangan Strategik
Perancangan Strategik merupakan aset utama dan ia memainkan peranan yang sangat penting
dalam Pengurusan Strategik. Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus
untuk membuat, menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah organisasi (Mumtaz Began,
Norasiken, Norhayati, 2002).
Perancangan ini juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian serta
keputusan yang berkaitan dengan hala tuju sesebuah organisasi. Terdapat beberapa kepentingan
Perancangan Strategik di dalam organisasi yang dapat dikemukakan di sini antaranya:
1. Pengurusan Yang Lebih Baik :
Dengan adanya Perancangan Strategik, pengurus akan dapat membentuk suatu konsep
yang jelas dan lengkap bagi sesebuah organisasi. Proses ini akan membantu para pengurus
untuk menilai kekuatan dalam serta kekuatan luaran organisasinya dalam menangani
cabaran. Dengan perancangan ini, matlamat serta objektif sesebuah organisasi akan lebih
jelas dan memudahkan pengurusan untk membuat keputusan bagi mencapai matlamat
tesebut. Sekiranya Perancangan Strategik tidak dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi,
maka kesannya ialah pengurus akan menghadapi masalah dalam penentuan objektif serta
penetapan matlamat yang harus dicapai oleh organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi
tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang harus dicapai maka operasi yang wujud di
dalam organisasi tersebut tidak mengikut landasan yang diharapkan. Ia akan menyebabkan
kegagalan dalam menguruskan sesebuah organisasi. Kegagalan ini akan menyebabkan
berlakunya kemerosotan produktiviti sesebuah organisasi dan menyebabkan organisasi
tersebut gagal berdiri sama tinggi dengan organisasi-oganisasi lain.
2. Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitaran :
Dengan adanya Perancangan Strategik, pengurus akan dapat menangani masalah yang
tidak dijangka sekiranya persekitaran berubah. Ini kerana Perancangan Strategik telah
membantu para pengurus dalam membuat persiapan awal bagi menangani permasalahan
tersebut. Pengurusan akan membuat keputusan berdasarkan situasi terkini untuk keperluan di
masa hadapan. Contohnya, sekiranya situasi organisasi dalam keadaan yang agak perlahan,
maka pengurus boleh menetapkan matlamat organisasinya berdasarkan pengalaman masa
lalu yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada masa ini arus peruvahan situasi tidak
dapat dijangka dengan tepat kerana ia berlaku terlalu pantas mengikut perkembangan zaman
teknologi yang canggih. Oleh itu, pengurus perlu lebih kreatif dalam mencatur strategi bagi
mengatasi masalah tersebut. Dengan mengandaikan permasalahan mungkin akan timbul
akibat perubahan persekitaran. Pengurus dapat menyediakan beberapa langkah-langkah
menangani masalah sebagi persiapan awal dan dapat mencongak peluang-peluang yang
mungkin wujud dari perubahan- perubahan persekitaran tersebut.
Elemen-elemen Dalam Perancangan Strategik
Perancangan Strategik mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan perancangan yang
dibuat bertepatan dengan kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salah satu
elemen dalam Perancangan Strategik akan mengganggu perjalanan perancangan ini (Zainal
Abidin, 1998). Sekiranya perancangan Strategik tidak dapat dilaksanakan maka risiko yang bakal
dihadapi oleh seseorang pengurus akan menjadi bertambah besar. Bahkan ia mungkin
menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang
wujud dalam Perancangan Strategik ini ialah :
1. Misi dan Visi :
Setiap organisasi mempunyai Misi danVisi tersendiri. Penetapan Misi dan Visi sesebuah
organisasi akan membantu memandu hala tuju sesebuah organisasi. Pencapaian Misi dan
Visi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan bahawa organisasi tersebut
telah Berjaya dan berada di landasan yang diharapkan. Dalam menyatakan Misi dan Visi,
beberapa prinsip harus diteliti dalam membuat pernyataannya iaitu mengenal pasti
Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang (SWOT / KLAP) dalam sesebuah
organisasi. Pengurus perlu menilai beberapa factor yang berkaitan dengan SWOT agar
pernyataan Misi dan Visi sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif organisasi
tersebut. Selain itu, pernyataan yang dibuat mestilah mudah difahami oleh semua warga
sekolah dan tidak terlalu umum dan tidak terlalu spesifik. Sekiranya pengurus
menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri objektif organisasi tersebut tidak
akan tercapai. Mengikut kajian ahli-ahli Pengurusan, 25 patah perkataan merupakan
bilangan perkataan yang ideal dan mudah diingat oleh para pekerja dalam menyatakan
Misi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pernyataan Misi haruslah ringkas, padat,
dan mudah diingati.
Kepentingan Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalam sesebuah
organisasi. Antaranya ialah Misi sebagai agen yang mengawal perjalanan sesebuah
organisasi di mana hala tuju sesebuah organisasi akan mengikut kehendak Misi yang
telah ditetapkan. Selain itu, peranan Misi ialah sebagai rujukan untuk menentukan
sumber yang diperlukan bagi menggerakkan jentera sesebuah organisasi dan pengagihan
sumber manusia boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan Misi sesebuah organisasi.
Dengan cara ini, pengagihan sumber manusia akan memenuhi keperluan sesebuah unit
dan dapat mengelakkan pembaziran sumber manusia. Misi yang dinyatakan juga akan
mempengaruhi cara seseorang pengurus mengeksploitasi peluang-peluang yang wujud di
persekitarannya. Kecekapan pengurus menggunakan kelebihan ini, akan memberikan
kelebihan berbanding pengurus lain yang kurang berkemampuan dalam bidang ini.
Kelebihan ini bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yang baik bahkan akan
membantu mengingkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
Nilai Strategik merupakan salah satu elemen yang penting dalam Perancangan
Strategik. Ia dilaksanakan oleh ahli Strategi di dalam sesebuah organisasi. Setiap strategi
yang dirancang akan mengandungi nilai-nilai yang berbeza berdasarkan beberapa kriteria
berikut :
a) minat d) kematangan
b) pendidikan e) kemasyarakatan
c)pergaulan
Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam organisasi terlibat dalam
penentuan strategi sesebuah organisasi. Ahli strategi yang terlibat dalam
perbincangan menentukan hala tuju organisasi sesebuah sekolah ialah seperti
Guru Besar/ Pengetua dan Guru- guru Penolong Kanan.
Kelulusan dan kebenaran sebelum sesuatu perancangan dapat
diaplikasikan dalam sesebuah organisasi mestilah diperoleh daripada seluruh
warga organisasi. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan melibatkan
semua ahli yang terdapat di dalam sesebuah organisasi sama ada dari ahli
bawahan sehingga ke pentadbiran. Sekiranya strategi yang dirancang
dipersetujui, maka pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik
untuk menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki matlamat bagi
mencapai segala objektif yang digariskan. Pengurus akan membuat
pengarahan kepada penggunan strategi tertentu seterusnya membuat
pengawalan kepada ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan kehendak
organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah organisasi dapat dicapai
dengan jayanya (Abd Aziz, 2003).
Elemen Utama Analisis Persekitaran:
SWOT – Faktor Dalaman : murid , guru, Guru Besar, kemudahan tool
Faktor Luaran : rakan sejawat, PIBG, Komuniti/agensi,
PPD/JPN/KPM
Proses Perancangan Strategik
7 Proses Perancangan Strategik:
1. Persediaan perancangan
2. Analisis mandate
3. Menjelaskan hala tuju institusi, visi, misi dan nilai
4. Analisis persekitaran
5. Isu, matlamat, petunjuk prestasi utama, sasaran dan objektifI
6. Penjanaan strategi, pelan tindakan dan pelan operasi
7. Perlaksanaan Perancangan Strategik
Proses Perancangan Strategik merupakan satu susunan tindakan yang gakan menghasilkan
beberapa keputusan strategic dan diikuti dengan tindakan perlaksanaan, pengawalan dan
mendapatkan maklum balas mengenai strategi yang telah digunakan. Mengikut Zainal Abidin
Mohamad (1994), proses Perancangan Strategik boleh dikatogerikan kepada beberapa peringkat
seperti berikut:
1. Analisis Persekitaran Am:
Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh
sesebuah organisasi dari segi ancaman dan peluang yang wujud. Ini termasuk analisis
sosiobudaya setempat yang mempengaruhi persekitaran. Selain itu, scenario politik juga
dianalisis bagi mengetahui tahap kestabilan negara serta penguatkuasaan undang-undang
Negara yang meliputi hak-hak warga sekolah khasnya murid dan staf, keselamatan, kuota
sesuatu barangan, pemilihan lokasi dan sebagainya. Teknologi terkini juga turut menjadi
agenda utama yang dianalisis kerana perkembangan teknologi pada hari ini terlalu pantas
dan terlalu banyak perubahan serta peningkatan tahap kecekapan sesebuah organisasi
dengan bantuan alat yang berteknologi tinggi, kecemerlangan murid-murid juga boleh
dibantu dengan penggunaan ICT. Oleh itu, pengaruh daripada persekitaran akan
memberikan peluang kepada pengurus atau sebaliknya menjadi ancaman kepada
pengurus tersebut dalam mengendalikan sesebuah organisasi.
2. Perancangan Senario
Perancangan Senario merupakan peramalan serta pengandaian kepada sesuatu scenario
yang mungikin dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan menggunakan kaedah
antaranya:
a) Kaedah Rip Van Wingkle iaitu membuat ramalan terhadap keadaan persekitaran
untuk tempoh masa tiga hingga lima tahun akan datang dan mengandaikan pengurus
sedang tidur dan akan bangun semula selepas waktu tersebut. Scenario ini
mengandaikan apakah yang akan terjadi dalam tempoh masa tertentu dan berusaha
membuat perancangan yang sesuai untuk menanganinya kelak.
b) Perancangan Senario Terpimpin iaitu beberapa individu yang berpengalaman
bersidang dan membentangkan gambaran tentang persekitaran semasa yang diketahui
umum. Mereka akan mencadangkan beberapa scenario yang lebih baik untuk
dibincangkan bersama
c) Perancangan Senario Terarah pula didapati ketua sesebuah organisasi itu sendiri yang
akan memaklumkan Perancangan Strategik yang diambil berdasarkan senario yang
wujud. Hanya ketua pengurus yang berpengalaman mempunyai hubungan yang
meluas dengan semua staf serta berwibawa mampu memberikan ramalannya terhadap
senario yang diandaikannya. Pada kebiasaannya Ketua Pengurus akan berbincang
dengan Penolong Pengurus sebelum mengumumkan Perancangan Strategiknya
kepada ahli dalam organisasinya.
Analisis Persekitaran Sekolah/ Organisasi
Analisis persekitaran dilakukan untuk meninjau beberapa komponen yang dilihat dapat
mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang beroperasi dalam pasaran terbuka
antaranya:
a) Pembeli d) Barang Pengganti
b) Pembekal e) Kumpulan Sasaran
c) Pesaing f ) Bakal Pesaing
Analisis Dalaman
Analisis dalaman merupakan analisis terhadap maklumat yang diperoleh daripada sesebuah
organisasi itu sendiri, ia melibatkan kemampuan serta kekuatan dalaman sesebuah organisasi
dengan mengambil kira segala kos operasi, kos tetap, pengurusan, perbelanjaan latihan,
penyelidikan, kedudukan organisasi dan sebagainya. Analisis ini digunakan untuk mencatur
strategi yang lebih sesuai berdasarkan kemampuan sesebuah organisasi. Antara beberapa
bahagian yang terlibata secara langsung dalam membuat analisis ialah :
a) Bahagian kewangan
b) Bahagian pengeluaran
c) Bahagian Sumber Manusia
d) Bahagian pemasaran
Penyenaraian Strategi Alternatif
Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman, serta
kemahiran yang dimiliki oleh pengurus dan staf bawahan. Oleh itu, berkemungkinan strategi
yang dikemukakan akan menjadi lebih dari satu strategi. Semua strategi yang dirasakan sesuai
disenaraikan dan dibawa dalam suatu perbincangan bersama pihak atasan dan akan memilih
strategi yang terbaik dan yang paling sesuai dengan kemampuan sesebuah organisasi.
Analisis dan Pemilihan Strategi
Pemilihan sesuatu strategi merupakan sesuatu proses yang penting dalam menentukan strategi
yang paling sesuai dengan kemampuan organisai. Analisis dalam pemilihan membolehkan pengurus membuat keputusan dengan lebih yakin dan tepat. Terdapat beberapa teknik dalam menganalisis strategi sesebuah organisasi antaranya:
a) Gambaran senario masa depan
b) Sinergi dan sumber
c) Jangka hayat produk
d) Kleuk pengalaman
e) Analisa pulangan
f) SWOT
g) Matriks – NDTS
h) Matriks pemasaran
Perlaksanaan Strategi
Dalam melaksanakan sesuatu strategi, pengurus mestilah sentiasa memantau perjalanan dan
keberkesanan sesuatu strategi. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus
dalam melaksanakan strategi antaranya:
a) Analisa perubahan
b) Matlamat tahunan
c) Pengurangan halangan terhadap perubahan
d) Analisa struktur organisasi
e) Analisis budaya
f) Analisis pengurus dengan strategi
g) Analisis penggubalan dasar
h) Pembahagian sumber
i) Membina kepakaran sumber manusia
j) Mengubah suai operasi
k) Menyemak insentif dan ganjaran
Pengawalan
Pengawalan merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh pengurus bagi mencapai matlamat
organisasi. Pengurus mestilah faham dan mengetahui objektif organisasi dengan jelas bagi
memastikan ahlinya mematuhi segala kehendak dan arahan organisasi. Dlam melaksanakan
kawalan terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan iaitu:
a) Mengenal pasti prestasi yang perlu diukur
b) Mengenal pasti piawaian prestasi
c) Mengenal pasti prestasi sebenar
d) Membandingkan dengan prestasi sebenar
e) Melakukan tindakan pembetulan
Maklum balas dan Penilaian
Dengan adanya penilaian dan maklum balas mengenai strategi yang dilaksanakan akan
membolehkan para pengurus membuat pembetulan dan pembaikan kepada pengurusan sesebuah
organisasi. Pengurus berpeluang untuk membuat perubahan strategi secara drastic sekiranya
strategi yang telah digunakan tidak bersesuaian dan tidak mendatangkan keuntungan kepada
organisasi.
Perlaksanaan Strategi
Perlaksanaan Strategi merupakan kesinambungan daripada perbincangan sebelum ini iaitu
perancangan serta pemilihan strategi yang sesuai dengan sesebuah organisasi. Walau
bagaimanapun, kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada perlaksanaan strategi yang telah
dipilih. Sekiranya pengurus telah menetapkan sesuatu strategi untuk
Digunakan namun tidak ada perlaksanaan terhadap stratedi tersebut , ia turut menyebabkan
kegagalan kepada sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang
telah ditetapkan mestilah menjalankan satu proses formulasi sebelum melaksanakan strategi yang
dipilih. Perkaitan di antara formulasi dan perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya akan
menghasilkan kesan kepada organisasi. Gabungan formulasi dan pelaksanaan telah menghasilkan
empat keadaan iaitu:
a) Berjaya , keadaan di mana sesebuah organisasi yang mempunyai gabungan formulasi dan
pelaksanaan yang baik. Keadaan ini membantu kepada produktiviti dan mengurangkan
risiko kerugian dalam sesebuah organisasi
b) Berpusing (Roulette). Keadaan ini wujud apabila formulasi yang digunakan agak lemah
tetapi perlaksanaan yang dilakukan adalah baik. Oleh yang demikian, ia akan
menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang baik akan mengatasi kelemahan
formulasi dan akan memberi gambaran kepada pengurus bahawa strategi yang digunakan
kurang sesuai dan mencari strategi yang lebih baik lagi.
Keadaan kedua pula ialah apabila strategi yang digunakan tidak berkesan maka formulasi
baru akan dibuat walaupun pada perlaksanaannya baik. Ini berkemungkinan produktiviti
yang dihasilkan tidak begitu memuaskan. Keadaan ini akan berterusan berpusing-pusing
sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.
c) Sulit . situasi ini wujud apabila sesuatu formulasi dilakukan dengan sangat baik walau
bagaimanapun pada perlaksanaannya sangat lemah. Ini disebabkan pengurus hanya
menumpukan kepada pembuatan formulasi tetapi mengabaikan perlaksanaan strategi.
Keadaan ini akan memberikan kesan yang negative kepada sesebuah organisasi.
d) Gagal. Situasi ini wujud akibat kelemahan dari segi formulasi dan kelemahan dari segi
perlaksanaan. Pengurus akan menghadapi kesukaran membawa hala tuju sesebuah
organisasi. Situasi ini akan menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi.
Sepatutnya pengurus mesti memberi kesimbangan kepada kedua-dua bahagian ini iaitu
formulasi dan perlaksanaan agar segala objektif yang telah ditetapkan akan tercapai
sepenuhnya.
Kemahiran Perlaksanaan Strategi
Dalam perlaksanaan Strategi terdapat beberapa kemahiran yang perlu diketahui:
a) Kemahiran Interaksi - Pengurus harus bijak menggunakan kemahiran ini bagi
b) berinteraksi semasa menjalankan aktiviti pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran
mempengaruhi staf untuk melaksanakan tugas pengarahan serta pengawalan bah
melibatkan interaksi dalaman seperti keupayaan memahami situasi dan perasaan staf dan
mampu mengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikan organisasi
c) Kemahiran Pengagihan – Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus
untuk membuat jadual tugas dan pembahagian masa, wang, dan sumber lain dengan
cekap. Dengan kemahiran ini, pengurus dapat mengelakkan pembaziran tenaga
berlebihan di unit lain dan dapat menyalurkan lebihan tersebut ke unit lain.
d) Kemahiran Pengendalian - kemahiran ini membolehkan pengurus menangani
e) permasalahan yang tidak dijangka dengan cepat dan efektif. Pengurus dapat
mengekspoitasi keadaan yang mendesak dengan lebih tenang dan menyelamatkan
kedudukan organisasi.
f) Kemahiran Mengorganisasikan - Kemahiran ini memberikan kelebihan kepada pengurus
untuk mengatur ahli dalaman dalam organisasi. Pengroganisasian yang cekap akan
mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan tugas dan memberikan panduan serta
diskripsi tugas yang jelas kepada staf. Pengurus yang memiliki keempat-empat
kemahiran ini akan mampu mengendalikan sesebuah organisasi dengan cemerlang dan
mampu mengatasi segala masalah yang dihadapi.
Kesimpulan
Perancangan Strategik merupakan suatu proses yang diambil dalam setiap organisasi serta
system yang didirikan di dalamnya. Perancangan ini sangat berguna kepada para pengurus untuk
menentukan hala tuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi untuk
jangka masa yang panjang. Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu system
pengurusan yang sistematik. Selain itu juga Perancangan Strategik yang dilakukan dalam setiap
organisasi menjadikan organisasi tersebut lebih teguh dan mempunyai kredibiliti yang sangat
tinggi sama ada dari segi produktiviti, cara bekerja, cara menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan.
Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalami system Perancangan Strategik ke
arah Pengurusan Organisasi yang lebih strategic dan lebih berkesan. Walaupun penggunaan
Perancangan Strategik di Negara kita sudah meluas kerana telah dibuktikan dengan pengingkatan
produktiviti sesebuah organisasi, namun masih terdapat organisasi yang masih belum mencapai
tahap yang cemerlang dari sudut pengurusannya. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab seorang pengurus untuk memastikan memiliki criteria lengkap untuk menjadi
seorang pengurus yang hebat dengan mendalami ilmu pengurusan terutamanya ilmu Pengurusan
Strategi agar produktiviti sesebuah organisasi / sekolah sentiasa di tahap yang membanggkan.
Bahan Rujukan :
1. Zainal Abidin Mohamed (1998).
Pengurusan Strategik. UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.
2. www.ftsm.ukm.my/ibrahim/tm1923/TM1923%20Exploring%20Corporate%20...
3. ml.scribd.com/doc/2288694/pengurusan-strategik Cached
4. openlibrary.org/books/OL150497M/Pengurusan_strategik_di... Cached
PERANCANGAN STRATEGIK : SUMBER MANUSIA
PENGKHUSUSAN SUMBER MANUSIA – KEKURANGAN GURU OPSYEN BAHASA
INGGERIS
ANALISA SWOT:
KEKUATAN/ STRENGTH [S]
S1 - Pentadbir sekolah memberi penekanan atas aktiviti peningkatan
kemahiran dan penambahan ilmu guru-guru dan staf.
S2 - Pengetua mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan
guru.
S3 - Unit Latihan terrlibat secara aktif dalam projek peningkatan ilmu.
S4 - Semua guru adalah guru muda yang mempunyai komitmen tinggi
terhadap tugasan.
S5 - Pentadbir sekolah mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawat
yang sentiasa memberi kerjasama antara satu sama lain.
S6 – Budaya sekolah yang sentiasa menitik beratkan kecemerlangan
KELEMAHAN/ WEAKNESSES [W]
W1 - Prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
masih belum mencapai tahap yang cemerlang
W2 - Pembelajaran kendiri dalam kalangan guru amat rendah
W3 - Sebahagian besar guru tidak mempunyai asas yang kukuh dalam
Bahasa Inggeris.
W4 - Murid kurang berminat terhadap pelajaran khususnya bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
W5 - Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru masih lemah.
W6 - 30% murid tidak bermotivasi
PELUANG / OPPORTUNITIES [O]
O1 - Hubungan pihak sekolah yang erat dengan pihak PIBG.
O2- Hubungan baik dengan ahli-ahli politik tempatan.
O3 - Hubungan baik dengan sekolah-sekolah lain.
O4 - Hubungan baik dengan pihak NGO dan swasta.
O5 - Terdapat banyak kemudahan asas dalam lingkungan persekitaran
Sekolah
CABARAN/ CHALLANGE [T/C]
T1 - Tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pelajaran masih
rendah khususnya Bahasa Inggeris
T2 - Rata-rata guru tiada asas Bahasa Inggeris yang kukuh.
T3 - Guru opsyen Bahasa Inggeris daerah juga tidak mencukupi.
T4 - Guru-guru muda yang sentiasa bertukar ganti disebabkan mengikut
suami atau isteri.
Wednesday, November 4, 2015
Home »
PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH
» PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH
PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH
Label
2023 - BPSM
5S
6 ASPIRASI MURID PPPM
Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM
BAHAN JPN SELANGOR
BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016
BINA WEB
BUDAYA SEKOLAH
Buku Program
CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024
Catatan Peribadi Admin
CIRI-CIRI P&P BERKESAN
CONTOH EVIDENS SKPMg2
Creativity & Innovation in Education
FIZIKAL SEKOLAH
GAMBAR PKPGB
GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM
Garis Panduan
Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023
GMGBM 2018
GURU BESAR
I-THINK
ICT
INOVASI DAN KREATIVITI
JADUAL WAKTU PKPGB
KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA
KALENDAR 2016
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017
KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
Kinicki Krietner
KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR
KOMUNIKASI
Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat
KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015
KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER
KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK)
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN
Myportfolio Guru Besar 2018
Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019
NILAI - NILAI MURNI
Nostalgia Hidupku
NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN
ORGANISASI SEKOLAH
PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI
PAET3101 : ETIKA PERGURUAN
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018
PBPPP
PBS
PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum
PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation)
PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM
PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN
PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PEKELILING
PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEMIMPIN TMK 2018
PENGALAMAN PEMBELAJARAN
PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH
PENGURUSAN DI SWASTA
PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH
PENGURUSAN KOKURIKULUM
PENGURUSAN PEJABAT
PENGURUSAN RISIKO
PENGURUSAN SEKOLAH
PENGURUSAN STRATEGIK
PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN
PERANCANGAN STRATEGIK
PERLEMBAGAAN PIBG
PIPPK
PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
PPPM
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
PST6
RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017)
RPT / RPH 2017
RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017)
RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017)
RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017)
SEKOLAH BERKESAN
SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI
SKPMg2
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
SWOT
SWOT HAL EHWAL MURID
TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
TAKSONOMI BLOOM
TANGGUNGJAWAB GURU BESAR
TATATERTIB
TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017
TQM
TUGAS GURU BESAR
UPSR 2016
VIDEO
VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU
VIDEO PKPGB
0 comments:
Post a Comment