“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Monday, December 15, 2014

IKLIM SEKOLAH

 Konsep Iklim Sekolah
 Iklim sekolah telah diberi pelbagai pengertian oleh para pengkaji.  Halpin & Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan iklim sekolah sebagai apa yang dirasakan sebagai personaliti seseorang individu sendiri.  Beliau  telah menulis;
          It is this “personality,” that we describe here as the “organizational
          climate” of the school.  Analogously personality is to the individual          what organizational climate is to the organization.                                                                        ( Halpin & Croft, 1963: 131)    Iklim sekolah disimpulkan sebagai sesuatu yang unik yang dapat dirasai oleh ahli-ahli di dalam organisai serta pelawat yang melawat sekolah tersebut, yang termasuk tingkah laku para pelajar seperti mana yang dihuraikan oleh Finlayson (1973) (dalam Ong Saw Bee (2002):
             Bagi Katz dan Kahn (1966) pula menyatakan iklim merupakan nilai dan norma yang terdapat dalam sistem formal dan diinterpetasikan semula dalam sistem tidak formal manakala Strivens (1985) pula melihat iklim sebagai suasana dalaman sekolah itu. Ia melibatkan keadaan warga sekolah tersebut yang dalam keadaan riang dan mesra ataupun tidak peduli antara satu sama lain, perhubungan antara warga sekolah dan persekitarannya tidak menyenangkan.
 Menurut Owen (1981) menyatakan iklim sesebuah sekolah amat berbeza dengan sekolah lain, beliau menulis:
       “ In one school, faculty members appear to be relexed and at ease
          with each other, somehow they seem competent and genorate         within us a sense of confidence in them.  In another school, we          find greater tension, and the teacher speech, and how they          teach and supervise students.  Some often the teachers in these         school shout a great deal”.    Ini disokong oleh Sergiovani (1971) yang melihatnya sebagai satu ciri yang memberi gambaran mengenai sesebuah sekolah dan yang membezakannya dengan sekolah yang lain.  Ia mempengaruhi tingkah laku guru dan murid dan anggota-anggota lain di dalamnya dan juga dapat dirasai, iaitu apa yang dirasai guru-guru dan murid-murid mengenai sekolah tersebut.
 Ibrahim Mamat (1998)  pula mendefinisikan iklim sekolah sebagai  sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah yang membezakannya dengan sekolah yang lain.  Sifat ini adalah hasil dari interaksi dan keadaan perhubungan manusia dalam sekolah itu, perhubungan guru dengan guru, guru dengan pengetua, guru dengan murid, murid dengan murid dan seterusnya.
  Hoy dan Miskel (2001) pula telah mendefinisikan iklim ialah hasil daripada tindakan kumpulan-kumpulan tertentu dalam sistem persekolahan seperti murid-murid, guru-guru dan pentadbir yang saling bertindak untuk mengimbangi kehendak individu dan organisasi dalam sistem sosial.  Ini merangkumi aspek-aspek seperti berkongsi nilai, kepercayaan dan ukuran sosial.
 Iklim sekolah boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu positif dan negatif.  Iklim yang positif digambarkan oleh suasana sekolah yang aman, selamat dan  teratur, bebas dari masalah disiplin dan ancaman, baik di kalangan guru, murid, pekerja atau masyarakat.  Manakala iklim yang negatif adalah sebaliknya iaitu sekolah berada dalam keadaan kucar-kacir, pengetua selalu gelisah, guru tidak bermaya dan murid-murid tidak terkawal.
  Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang kondusif,  Creemers dan Scheerens (dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2002) menyatakan  iklim seumpama ini dapat diwujudkan apabila terdapat hubungan yang baik dan mesra di antara pengetua/guru besar dengan guru-guru dan juga di antara guru dengan  pelajar.
 Sementara itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menggunakan istilah budaya sekolah untuk suasana sekolah yang hampir menyerupai ‘iklim’.  Menurut PPK suasana sekolah yang baik adalah dalam keadaan persekitarannya tenteram, mesra, selesa dan pengajaran pembelajarannya berjalan dengan berkesan (Pukal KBSM, PPK 1998).
             Daripada pelbagai definisi tentang  konsep iklim sekolah yang dibincangkan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa iklim sekolah merupakan apa yang dialami dan dirasai oleh setiap individu sekolah tersebut yang melibatkan faktor dalaman termasuk perhubungan antara pengetua dengan guru, guru dengan pelajar dan kakitangan sokongan.  Semua perlakuan tersebut mengambarkan bagaimana ciri-ciri iklim sekolah  tersebut terbentuk dengan berkesan.
  Ciri-Ciri Iklim Sekolah
 Iklim sekolah yang kondusif turut membantu ke arah mewujudkan sekolah yang berkesan.  Howard (1974) pula menyatakan  iklim sekolah yang positif boleh merangsang pelajar untuk belajar secara aktif, kreatif, melahirkan sikap percaya dan yakin pada diri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.  Bagi Turney dan Jenkins (1975) pula, iklim sekolah adalah faktor utama yang menentukan keadaan kualiti pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar di sekolah.  Ia adalah faktor penting di dalam menentukan sekolah berkesan, jikalau keberkesanan itu diukur dengan pembelajaran murid dan pencapaian di dalam akademik yang cemerlang.
 Halpin & Croft (1963) (dalam Razali Othman, 1990) dalam membincangkan iklim sekolah mengatakan sekurang-kurangnya terdapat 9 faktor yang harus difikirkan dalam menerangkan iklim sekolah, antaranya status sosio ekonomi ahli-ahli dalam sekolah itu, sikap ibu bapa terhadap sekolah, keadaan fizikal sekolah dan interaksi sosial antara pengetua dan guru-guru.
 Memandang faktor iklim sekolah yang kondusif turut  membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri-ciri iklim sekolah berkesan hasil dari kajian-kajian yang mereka lakukan.   Mengikut Halpin and Croft (1963) sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif mempunyai ciri-ciri berikut:- (a) Guru-guru merasa selamat, berpuas hati, dan berkeyakinan (b) Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya (c) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjayanya, dan bertimbang rasa (d) Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
             Iklim sesebuah sekolah boleh sama ada terbuka atau tertutup.  Braden (1971) pula mengatakan bahawa sikap guru terhadap murid berbeza di dalam kumpulan iklim yang berbeza.  Guru-guru di sekolah yang iklimnya terbuka mempunyai sikap yang lebih positif terhadap murid.  Sikap murid terhadap guru tidak berbeza walaupun dalam iklim yang berlainan.  Sikap murid terhadap sekolah juga tidak berbeza walaupun mereka dari iklim yang berbeza.  Pengetua dan guru-guru yang mempunyai tanggapan yang sama terhadap iklim sekolah mereka mempunyai sikap yang sama juga terhadap sekolah tersebut.

Rahimah Hj Ahmad (1981) menyatakan bahawa iklim sekolah terbuka (positif) memberikan kesan yang baik kepada guru kerana guru akan merasa yakin, berpuashati dan sentiasa menunjukkan kerihatinan kepada pelajar, pengetua berasa yakin, mesra dan sederhana, mudah ditemui dan bersifat terbuka serta berkebolehan memberi kepimpinan di sekolah, muridnya ada semangat setia kawan, berasa selesa untuk belajar dan hadir ke sekolah.
       Mortimore (1988) menyatakan bahawa iklim sekolah yang positif akan menghasilkan pelajar yang mempunyai kelakuan yang baik, riang dan suka berkawan serta jarang ponteng sekolah.  Manakala dalam keadaan iklim yang tertutup dan tertekan, fungsi guru kurang berkesan.  Biasanya guru boleh berfungsi dengan berkesan dalam keadaan iklim yang terbuka di mana pendapat dan perasaan boleh dikeluarkan dengan bebas.  Pendapat ditimbangkan berasaskan kebernasan dan bukan kerana sesiapa yang
mengeluarkannya.  Guru bekerja sebagai satu kumpulan besar dan tidak dalam kumpulan kecil yang tersendiri.
 Halpin & Croft (1963) (dalam  Razali Othman, 1990) dalam kajiannya telah mengklasifikasikan iklim sekolah kepada 6 iaitu bermula dari iklim ‘terbuka’ kepada iklim ‘tertutup’;
1)  Iklim Terbuka iaitu merujuk kepada  keadaan di mana semangat kerja kekitaan berada di tahap yang tinggi, dan ketidakpedulian rendah.  Dalam iklim terbuka ini, pengetua sentiasa memberi bantuan, memberi arahan dengan betul dan menggerakkan kerja melalui teladan yang baik.  Guru-guru bekerja secara kumpulan dan bersungguh-sungguh.  Iklim terbuka tidak dirasakan terlampau memberatkan salah satu dari tugas dan daya pengeluaran atau hubungan manusia sahaja, tetapi kedua-duanya seimbang.  Tingkah laku pengetua dan guru-guru sangat memberangsangkan.
2)  Iklim Outonomus ialah keadaan di mana dirasakan wujud penuh kebebasan   bekerja dan kepuasan sosial menyeluruh dengan semangat kekitaan, kemesraan,   sesungguhan dan kesendirian berada di tahap yang tinggi, tetapi penekanan    kepada daya pengeluaran, sifat timbang rasa, halangan dan ketidakpedulian   dirasakan kurang.
 3)  Iklim Terkawal iaitu merujuk kepada suasana yang dirasakan tidak wujud      semangat untuk bekerja keras dan pergaulan sosialnya kurang sekali.  Iklim       ini mempunyai ciri-ciri yang menekankan data pengeluaran, kesendirian,       halangan dan kekitaan adalah tinggi  sementara kesungguhan berada di tahap       yang sederhana dan sifat bertimbang rasa, ketidakpedulian dan kemesraan adalah  rendah.
4)      Iklim Biasa disifatkan sebagai mempunyai pergaulan sosial antara ahli-ahlinya      menyenangkan dan wujud kealpaan dalam pekerjaan. Keadaan ini      mengambarkan wujudnya ciri-ciri seperti bertimbang rasa, ketidakpedulian dan      kemesraan masing-masing berada di tahap yang tinggi, sementara kesungguhan     dan kekitaan di tahap sederhana tetapi tidak ada penekanan kepada daya      pengeluaran, dan tidak wujud juga kesendirian dan halangan.
5)      Iklim Paternal iaitu disifatkan sebagai mempunyai kepimpinan tidak berkesan      dan tugas tidak membebankan. Ciri-ciri seperti penekanan kepada daya       pengeluaran, ketidakpedulian dan sifat bertimbang rasa adalah tinggi,       kesendirian, halangan, kemesraan dan kekitaan berada di tahap yang rendah,       sementara   kesungguhan adalah sederhana.
6)      Iklim Tertutup. Ianya merupakan kontras kepada iklim terbuka di mana     dirasakan kesungguhan dan semangat kekitaan di kalangan ahli tidak ada, rasa      ketidakpedulian adalah tinggi. Hubungan antara pengetua – guru formal, dan      pengetua memberatkan kerja-kerja rutin dan kertas kerja, penyeliaan yang ketat     dan kurangnya komunikasi bersemuka. Dalam iklim tertutup ini, suasana      kerjanya tidak sempurna, dan kepuasan kerja di kalangan guru-gurunya rendah.
 Walaubagaimanpun, penjenisan iklim ini dikritik kerana tidak tepat, dan susah untuk membezakan antara satu jenis dengan jenis yang lain. Hoy & Miskel (1978) bersetuju adanya kelemahan dalam penentuan jenis-jenis iklim secara terperinci, tetapi perbezaan antara iklim terbuka dan tertutup adalah jelas, serta boleh diukur dengan “Organisational  Climate description Questionaire “ (OCDQ).
             Halpin & Croft (1962) yang mempelopori Konsep dan Penilaian iklim organisasi telah membuat kajiannya di sekolah rendah. Halpin & Croft telah mengenalpasti iklim sekolah sama ada dalam bentuk yang ‘terbuka’ (open) kepada kontinum ‘tertutup’.  Dalam kajiannya di 71 buah sekolah di dapati sebahagian sekolah mempunyai iklim yang terbuka manakala kebanyakkannya mempunyai iklim yang tertutup.
             Halpin & Croft (1962) menyatakan apabila sekolah mempunyai suasana yang baik dan kondusif guru-guru akan berasa lebih selamat dan mempunyai keyakinan serta dalam keadaan selesa; guru tidak akan berasa tertekan dan dapat memberi penumpuan kepada pelajar dengan ikhlas; pengetua akan turut berkongsi pengalaman dan masalah yang berlaku dalam sekolah; pengetua akan lebih berfikiran terbuka, pengetua adalah seorang pemimpin yang baik; berkebolehan serta berupaya membawa sekolah ke arah kecemerlangan; pelajar juga berasa selamat dan selesa untuk belajar. (PENTING mesti baca) Halpin & Craft (1963) telah mencipta “Organisational Climate Description Questionaire”(OCDQ) yang merupakan satu instrumen untuk mengukur iklim sekolah melalui soal selidik.  OCDQ telah mengemukakan 8 elemen iklim iaitu 4 elemen yang berkaitan dengan tingkah laku pengetua dan 4 elemen yang berkaitan dengan tingkah laku guru.  Tingkah laku pengetua atau guru besar adalah merujuk kepada kesendirian (aloofness), penekanan kepada daya produktiviti (production emphasis), sifat bertimbang rasa (consideration) dan kesungguhan (thrust).  Tingkah laku guru pula adalah merujuk kepada ketidakpedulian (disengagement), halangan (hindrance), kekitaan (esprit) dan kemesraan (intimacy).
Tingkah laku pengetua atau guru besar :
1.      Kesendirian (Aloofness) iaitu pengetua yang kelihatan  formal, sentiasa      berjauhan daripada orang bawahan dan muridnya. Di samping itu pengetua      kumpulan ini juga terlalu mengikut peraturan yang ketat untuk guru-      gurunya, tidak mendedahkan hasil lawatan nazir kepada guru dan terlalu       kerap menilai dan memperincikan tugas serta tanggungjawab guru.
2.      Penekanan Kepada Daya Produktiviti (Production emphasis) membawa maksud pengetua atau guru besar yang terlalu membuat penyeliaan yang ketat, mengemukakan jadual tugas guru dan murid dengan jelas, memperbaiki kelemahan guru dan banyak berkomunikasi. Selain itu pengetua atau guru besar jenis ini kurang peka kepada reaksi guru, mementingkan kerja lebih masa serta menuntut hasil dan menetapkan piawaian kerja.
3.      Sifat Bertimbangrasa (Consideration) adalah merujuk kepada pengetua atau guru besar yang baik hati, berperikemanusiaan, memberi perhatian secara peribadi kepada kebajikan guru.  Di samping itu guru-guru yang dipimpinnya dikenali secara lebih dekat, membantu mereka menjalankan tugas di sekolah serta sentiasa mempertahankan guru dalam keadaan yang sepatutnya.  Pengetua dan guru besar juga sentiasa bertoleransi.
4.      Kesungguhan (Thrust) pula merujuk kepada pengetua dan guru besar yang memimpin melalui teladan.  Mereka akan bekerja keras sebelum menentukan orang bawahan juga bekerja dengan gigih.  Mereka pada kebiasaannya amat aktif dan sentiasa peka kepada dunia kependidikan.  Oleh itu pengetua dan guru besar kumpulan ini mempunyai sikap dan amalan yang tidak mengharapkan guru memberi lebih dari dirinya sendiri.
Tingkahlaku guru;
1)      Ketidakpedulian (disegagement). Tingkah laku ini bermaksud guru-guru yang mengamalkan sikap ‘renggang’ antara sesama guru.  Pada kebiasaannya akan wujud kelompok-kelompok atau kumpulan-kumpulan yang kurang berkerjasama antara satu sama lain.  Kelahiran kelompok-kelompok ini akan menyebabkan wujudnya budaya umpat, budaya sakitkan hati dan seumpamanya yang tidak sihat.  Akhirnya amalan ini akan mengakibatkan wujudnya perasaan tidak puas hati dikalangan guru dan mula mencari jalan untuk meninggalkan profesion perguruan.
2)      Halangan (hindrance).  Tingkah laku ini merujuk kepada halangan-halangan yang dihadapi guru kerana beban kerja dan tanggungjawab yang terlalu banyak. Di samping itu terdapat kerja-kerja tambahan seperti tugas jawatan kuasa, laporan dan tugas-tugas rutin yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
3)      Kekitaan (esprit).  Ianya merujuk kepada tingkah laku guru yang sangat berpuashati dengan tanggungjawab yang dipikul.  Guru kumpulan ini kelihatan sangat bergembira dan mempunyai hubungan yang sangat erat di antara satu sama lain. Akibatnya mereka akan bekerjasama, saling bantu membantu, hormat menghormati serta taat setia kepada rakan dan sekolah. Keadaan ini menyebabkan guru-guru dapat memenuhi keperluan sosial dan peribadi di samping menghargai kerja-kerja profesion perguruan.
4)      Kemesraan (intimacy).  Tingkah laku ini akan melahirkan suasana yang sangat baik ketika seseorang itu bertugas sebagai guru.  Adalah dirasakan wujudnya hubungan dalaman antara kalangan guru-guru sehingga mereka merasa benar-benar hidup di dalam masyarakat sekolah sebagai sebuah keluarga.  Keadaan ini akan melahirkan kumpulan guru yang bukan sahaja menjalinkan persahabatan ketika di sekolah malahan juga akan terus menjalinkan hubungan di luar sekolah.
             Hinojosa (1974) dalam kajian iklim sekolah di Corpous Christi Independent School Distict, yang melibatkan  20  orang  guru  dan  779  murid,  berpendapat    OCDQ
merupakan  instrument  yang  sesuai  dan  sahih  untuk  tujuan  yang  dirancangkan.
 Anderson (1982) yang menghuraikan beberapa alat popular dalam pengkajian iklim sekolah, mengatakan walaupun OCDQ merupakan suatu alat yang seringkali digunakan oleh para penyelidik, seperti (a) Soalan-soalan untuk individu dapat diteka daripada keseluruhan  kategori iklim (Andrews 1965, Feldvebel 1964, Thomas 1976), (b) Kesahihan pengkelasan iklim pertengahan di antara terbuka dan tertutup boleh dipertikaikan (Kenny & Rentz 1990; Thomas, 1976; Watkin 1968).
             Brono (1987) juga menggunakan OCDQ untuk mengklasifikasikan sekolah kepada 3 jenis iklim iaitu tertutup, pertengahan dan terbuka.  Hasil dari  kajian ini, pengklasifikasian iklim sekolah tidak ada perkaitan yang jelas dengan sebarang variable-variable kekecewaan.  Magee (1977) mengatakan guru-guru dalam iklim sekolah yang tertutup menganggap pengetua mereka sebagai pemerintah yang kuat dan tidak bermotivasi.
             Braden (1971) pula mengatakan bahawa sikap guru terhadap murid berbeza di dalam kumpulan iklim yang berbeza.  Guru-guru di sekolah yang iklimnya terbuka mempunyai sikap yang lebih positif terhadap murid.  Sikap murid terhadap guru tidak berbeza walaupun dalam iklim yang berlainan.  Sikap murid terhadap sekolah juga tidak berbeza walaupun mereka dari iklim yang berbeza.  Pengetua dan guru-guru yang mempunyai tanggapan yang sama terhadap iklim sekolah mereka mempunyai sikap yang sama juga terhadap sekolah tersebut.
             Garrett (1970)  mendapati iklim sekolah adalah berkaitan rapat dengan saiz, iaitu sekolah yang lebih kecil adalah terbuka.  Kenyataan Garret (1970) disokong oleh Fascetti (1971) yang membandingkan iklim sekolah rendah dan sekolah menengah mendapati perkaitan yang nyata antara iklim dengan saiz sekolah. Sekolah yang lebih kecil mempunyai iklim yang lebih terbuka terutamanya bagi sekolah rendah.  Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang jelas antara iklim sekolah rendah dan menengah.  Menurut Fascetti, perhubungan antara guru-guru di sekolah rendah lebih baik berbanding dengan perhubungan antara guru-guru di sekolah menengah yang lebih impersonal.
             Terdapat perkaitan yang rapat antara iklim terbuka dengan sekolah yang sihat.  Hoy & Forsyth (1986) telah mengetengahkan konsep “Organizational Health’ yang menyerupai konsep iklim sekolah. Organisasi yang sihat ialah organisasi yang mempunyai penumpuan matlamat, komunikasi yang tepat, dan dalam mana wujud persamaan kuasa, penggunaan sumber yang berkesan, semangat kesetiaan, dan moral yang tinggi, ahli-ahlinya bersifat inovatif, dan cara menyelesaikan masalah.  Organisasi yang sihat mesti berjaya menyelesaikan beberapa masalah seperti : (a) Masalah keperluan asas dan sesuai dengan persekitarannya. (b) Masalah mengubal dan mencapai matlamat (c) Masalah untuk mengekalkan persefahaman dalam organisasi. (d) Masalah untuk mencipta dan meneruskan suatu sistem yang unik.
 Beberapa elemen yang diambil kira dalam Kesihatan Organisasi sekolah adalah sama iaitu faktor pengetua seperti sifat timbang rasa, struktur daya inisiatifnya, sokongan bahan, moral dan penekannya kepada aspek akademik. Alat pengukur yang digunakan  ialah satu set soal selidik berbentuk deskriptif yang mengandungi 44 item yang dikenali sebagai Organizational Health Inventory (OHI).
       Sekolah yang “sihat” adalah sekolah yang boleh menghadapi tekanan luar, mempunyai pengetua yang dinamik dan mengamalkan orientasi kerja, dan mempunyai hubungan mesra dengan guru-gurunya.  Guru-gurunya lebih komited dalam menjalankan tugas, mempunyai matlamat untuk murid, mengekalkan tahap pencapaian yang tinggi dan persekitaran pelajaran yang terkawal serta bersungguh-sungguh.  Murid-muridnya pula bekerja keras, bermotivasi dan menghormati rakan-rakan.
 Dapatlah dirumuskan iklim terbuka adalah perhubungan atau tingkah laku semulajadi yang terjalin dengan baik dan berkesan antara pengetua dan anggota lain dalam organisasi pimpinannya.  Pemimpin berkenaan digambarkan sebagai seseorang yang mempunyai sifat bertimbangrasa terhadap kakitangan, memberi galakkan melalui teladan serta kurangnya penyeliaan yang ketat terhadap kerja-kerja orang bawahannya. Iklim tertutup pula merujuk kepada tingkah laku pengetua/ketua dan orang-orang yang lebih didorong oleh sifat-sifat bukan semulajadi mereka.  Sifat-sifat yang muncul lebih dipengaruhi oleh emosi dan perasaan sehingga anggota organisasi merasakan wujudnya tekanan dan menentukan tingkah lakunya.
 Kesimpulannya ciri-ciri iklim sekolah yang kondusif sangat penting kerana ia mempengaruhi dan merangsang kualiti pembelajaran. Iklim sekolah yang terbuka memerlukan aspek fizikal yang baik supaya sekolah tersebut berkeupayaan menjana minda  pelajarnya.  Aspek fizikal sekolah mempunyai hubungkait dan memberi kesan kepada guru dan pelajar supaya lebih bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Aspek FizikalAspek fizikal sekolah menurut Pusat Perkembangan Kurikulum merangkumi 5  perkara iaitu kebersihan, keselamatan, penggunaan kemudahan dengan baik dan secara inovatif dan kreatif, keselesaan dan keindahan.  Perkara pertama dalam aspek fizikal ialah kebersihan.  Kebersihan di sini merangkumi kebersihan bilik darjah, kebersihan kawasan, kebersihan bangunan juga kebersihan dari segi pakaian. Pelajar-pelajar, guru-guru, pengetua dan juga kakitangan sekolah yang berpakaian bersih, kemas  adalah merupakan ciri-ciri iklim yang mencerminkan budaya kebersihan sekolah yang perlu disemai dan dipupuk oleh pihak sekolah (Pukal KBSM, PPK 1988).
 Hasni Ahmad (1990) dalam kajiannya mengenai iklim bilik darjah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar  merupakan kajian hubungan antara dua ciri dalam iklim sekolah iaitu dari aspek fizikal dan aspek budaya ilmu. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian rendah terhadap tiga aspek yang dikaji iaitu perhubungan, perkembangan peribadi dan pembaikan dan pertukaran sistem.  Namun begitu terdapat pertalian yang signifikan di antara iklim bilik darjah dengan pencapaian pelajar.
 Perkara kedua dalam aspek fizikal ialah keselamatan. Pihak sekolah harus menentukan bahawa bangunan sekolah berada dalam keadaan selamat.  Menurut Rahimah Hj. Ahmad (1981) sekolah dirasakan baik iklimnya apabila guru-guru rasa selamat, yakin dan puas, serta tidak terasa terancam atau was-was, dan menunjukkan keperihatinan kepada murid-murid.  Sekolah  mesti sentiasa menentukan keadaan struktur fizikal bangunan sekolah sentiasa selamat.  Sekolah perlu mempunyai alat-alat untuk mencegah kebakaran yaang mencukupi serta berfungsi seperti alat pemadam api, kemudahan pili bomba yang sentiasa diselenggara oleh pihak Bomba dan Penyelamat. Pelan tindakan kecemasan  dan peraturan-peraturan yang menjamin keselamatan seperti mencegah kebakaran, memberi pertolongan cemas, kemudahan bilik rawatan dan first Aids disediakan.  Pihak sekolah juga perlu memastikan tugas kawalan keselamatan jalan raya serta mengawal kawasan sekolah diberikan perhatian yang sewajarnya.   Aspek inilah yang merupakan gambaran tentang budaya sekolah yang mementingkan ciri-ciri keselamatan.
 Ketiga, pihak sekolah juga diharap dapat menerapkan budaya penggunaan kemudahan dengan baik dan secara inovatif dan kreatif.  Ini bermakna guru sekolah, pelajar dan pekerja perlu mengamalkan nilai berjimat dan berhemat dalam menggunakan segala kemudahan seperti air dan elektrik yang disediakan oleh sekolah dengan baik tanpa membazir dan sesuai dengan konsep sekolah sebagai sebuah komuniti, seperti yang ditegaskan oleh David M. White (1965).  Menurut White, peningkatan penekanan kepada penggunaan kemudahan sekolah secara lebih baik oleh masyarakat perlulah diberi perhatian. Pihak sekolah perlu menggalakkan guru mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan sentiasa mencerminkan usaha ke arah inovatif dan kreatif.  Bahan bantu mengajar seperti OHP dan peralatan media lain perlu dipelbagaikan penggunaannya secara berkesan.  Jika ini dapat dilaksanakan, maka pemuliharaan nilai harta, perlindungan keselamatan, penyediaan iklim pembelajaran, pembinaan perasaan silaturrahim, pengekalan kebersihan dan kekemasan dan nilai ekonomi dapat dibudayakan di sekolah dengan jayanya.
 Keempat adalah keselesaan.  Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) suasana sekolah yang baik adalah di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dan pembelajaran yang lancar.  Pihak sekolah  perlu memastikan peralatan perabot seperti kerusi, meja, almari yang terdapat di sekolah adalah sesuai, segala kemudahan disediakan dengan baik.  Keadaan bangunan sekolah mempunyai ruang peredaran udara yang baik dan tempat yang  terang serta pelajar selesa untuk belajar.  Pihak sekolah juga mesti mengambil tindakan positif untuk mengurangkan kebisingan supaya guru dan pelajar merasa selesa dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.
 Kelima adalah  keindahan,  budaya menyukai keindahan dan nilai estetika seperti penanaman pokok-pokok hiasan seperti bunga bungaan, pokok naungan dan lain-lain tumbuhan perlu disemai pada diri warga sekolah.  Ini boleh menjadikan sekolah seperti “sekolah dalam taman” dengan suasana penuh kehijauan.  Dinding-dinding bangunan sekolah boleh dilukis  mural dan pelbagai papan tanda yang memaparkan kata-kata hikmah perlulah menjadi hiasan sekolah bagi merangsang pembelajaran.  Pihak sekolah dan guru perlu peka dan mengutamakan keindahan  persekitaran dan juga bilik darjah.
 Kesimpulannya, aspek fizikal mempunyai pertalian dari segi kebersihan, keselamatan, penggunaan kemudahan secara baik, inovatif dan kreatif, keselesaan dan keindahan kawasan sekolah. Kesemua ciri-ciri ini menjadi nadi pengerak kepada wujudnya iklim sekolah yang kondusif dan berkesan.  Walaubagaimanapun, aspek fizikal sahaja belum mencukupi sekiranya tidak digabungkan dengan aspek sosial yang lain.
 Aspek SosialDari aspek sosial sekolah pula, ciri-ciri budaya yang hendak dijayakan bagi mencapai kehendak KBSM ialah hormat menghormati, rasa tanggungjawab, bekerjasama, perasaan kekitaan, kebanggaan , kesetiaan, perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.  Ramli Ahmad (1996)  mengatakan aspek penting  yang mempengaruhi iklim sekolah dalam kajiannya ialah interaksi sosial, perkembangan diri guru dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Bagi ciri yang pertama, pihak sekolah perlu sentiasa memanisfestasikan budaya budi pekerti dan amalan sopan santun yang baik.  Semua warga sekolah perlulah mengamalkan dan mengucapkan terima kasih, budaya salam dan memohon maaf dalam suasana yang bersesuaian.  Mereka juga perlulah bersedia mendengar dan menimbangkan pendapat orang lain, menghormati hak orang lain disamping mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah supaya akan wujud satu budaya yang positif iaitu hormat menghormati.
 Kedua ialah rasa tanggungjawab.  Ciri ini memerlukan sekolah mengambil tindakan terhadap alam sekitar sekolah.  Sekolah perlu mengambil berat dan mengutamakan disiplin pelajar supaya sahsiah pelajar dapat dibentuk.  Pelajar-pelajar perlu ditekankan dengan aspek kebersihan diri, pakaian dan tempat belajar. Dalam agama Islam, “Kebersihan Asas Keimanan” perlu diterapkan dalam diri pelajar.  Pengetua dan guru perlu menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik dan ikhlas.  Kesemua ini akan melahirkan warga sekolah yang berdisiplin, berdikari dan mengambil berat serta prihatin dalam menjalankan tugas masing-masing, guru mengajar, pelajar belajar dan pekerja melaksanakan tugas am yang diamanahkan.
 Ketiga ialah budaya bekerjasama adalah suatu yang bersesuaian dengan konsep kerja sepasukan dalam menangani sebarang masalah dalaman atau luaran yang perlu diterapkan oleh pihak sekolah.  Ciri ini penting supaya setiap warga sekolah bersedia bantu-membantu, berkongsi dan rela menjalankan tugas dengan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan atau kehendak peribadi.
 Keempat ialah semangat kekitaan/kebanggaan/kesetiaan dan perpaduan.  Menurut Miles (1966) salah satu fungsi budaya, menyediakan keselamatan kepada ahli-ahlinya. Sekolah sentiasa mengamalkan integrasi kaum supaya perpaduan dapat dilaksanakan. Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.  Semangat cintakan sekolah, berbangga menjadi pelajar atau guru di sesebuah sekolah adalah mencerminkan perasaan kekitaan, kebanggaan, kesetiaan dan perpaduan.  Rasa bangga ini dapat dimanifestasikan menerusi pemeliharaan harta benda sekolah dan menjaga nama baik sekolah tersebut.
 Pelajar yang mempertahankan tindakan gurunya, guru yang selalu bercakap tentang kejayaan dan kehebatan pelajarnya dan pekerja sekolah yang selalu bercerita tentang kecantikan dan kedamaian sekolahnya, adalah menggambarkan budaya yang sihat di sekolah tersebut.   Keadaan ini boleh juga dilihat menerusi kesetiaan pelajar memakai lencana sekolah, sokongan kepada pasukan sekolah ketika pelajar berada di luar kawasan sekolah untuk  menyertai pertandingan dalam sukan, debat dan sebagainya.
 Kelima  kemesraan dan keriangan.  Sifat ramah tamah, saling bertegur sapa apabila bertemu di antara pelajar, guru-guru, pekerja-guru, pelajar pekerja dan dengan pelawat luar, juga akan menunjukkan budaya kemesraan dan keriangan yang menjadi agenda dalam penyemaian budaya yang sihat di sekolah.  Pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan guru-guru, kakitangan dan pelajar.  Kemesraan akan wujud apabila semua warga sekolah mudah diajak berunding.  Ini akan mengelakkan wujudnya konflik yang boleh menyekat suasana kemesraan di antara warga sekolah.  Kemesraan dan keriangan dalam perhubungan di antara pentadbir dengan guru, guru dengan pelajar perlu sentiasa dipupuk.
 Safian Abd Rashid (1996) telah mengkaji iklim sekolah dari aspek sosial di dua buah sekolah, sebuah sekolah berasrama penuh dan sebuah lagi sekolah harian.  Dapatan kajian menunjukkan , kedua-dua  buah sekolah berasrama dan harian ini  mempunyai jenis iklim yang terbuka.  Juga terdapat  hubungan yang kuat antara iklim sekolah dengan kepuasan kerja.  Sekolah yang mempunyai iklim yang terbuka guru-gurunya akan lebih selesa mengajar di sekolah tersebut.  Kajian ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Inson Derani (2001) yang menunjukkan terdapatnya hubungan iklim sekolah mempengaruhi  pencapaian prestasi kerja guru.
 Keenam ialah keadilan.  Keadilan sentiasa dimanifestasikan di sekolah. Pihak pentadbir tidak pilih kasih dalam memberi agihan jawatan dan tugas kepada guru-guru dan kakitangan sekolah.  Semua tugasan diberikan secara adil dan telus.  Pihak sekolah sentiasa memberikan layanan yang baik kepada semua warga sekolah.  Pemberian kata-kata pujian, penghargaan, teguran, denda, dan galakkan yang diberikan kepada semua yang berhak secara saksama tanpa memikirkan latarbelakang mereka yang terlibat dapat manifestasi budaya keadilan.  Ini amat penting disemai suburkan di sekolah supaya tidak wujud budaya yang tidak diingini di sekolah.
 Kesimpulannya, ciri-ciri dari aspek sosial dapat mewujudkan perasaan hormat meghormati, rasa tanggungjawab, sikap ingin bekerjasama, mewujudkan semangat kekitaan/kebanggaan/kesetiaan/perpaduan, wujudnya suasana kemesraan dan keriangan serta keadilan dalam  semua segi.  Daripada ciri-ciri inilah akan mewujudkan ciri-ciri iklim sekolah yang berkesan.  Walaubagaimanapun, aspek sosial sahaja belum boleh mewujudkan iklim sekolah yang cemerlang jika tidak diikuti oleh aspek budaya ilmu.
 Aspek Budaya IlmuAspek budaya ilmu adalah satu aspek yang ingin ditanam dengan teguh dan berulang oleh pihak sekolah menerusi KBSM.  Sesuatu bangsa atau negara itu tidak akan teguh, maju dan dapat tegak berdiri sama atau lebih tinggi daripada bangsa atau negara lain jika bangsa itu atau negara itu mempunyai rakyat yang mundur dari segi ilmu pengetahuannya.
  Ciri pertama aspek budaya ilmu ialah semangat mahu belajar. Sejarah bangsa-bangsa yang maju dan kuat di sepanjang zaman telah membuktikan keunggulan mereka dengan memiliki semangat yang kental untuk memperolehi, memperkembangkan dan menggunakan ilmu untuk manfaat manusia sejagat dan kemanusiaan serta alam semesta.
Pihak sekolah mestilah sentiasa berusaha untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.  Untuk mencapai kecemerlangan , semangat mahu belajar, rajin membaca dan membuat kerja sentiasa perlu ada pada diri setiap pelajar.  Pelajar sentiasa berbincang, memberi pendapat dan berani mencuba seperti mengambil bahagian dalam debat, syarahan dan pementasan serta perlu bersikap kreatif dan aktiviti penulisan. 
 Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1995) budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dan keutamaan lainnya yang dicari dan dikembangkan pada setiap masa dan tempat.  Dengan kata lain, budaya ilmu bolehlah dianggap suatu suasana persekitaran yang menghadkan individu yang mempunyai ilmu pengetahuan dan mampu berfikir secara rasional dan ilmiah.
 Menurut Abd Rahim M. Ali (2001) iklim sekolah ialah situasi atau keadaan yang wujud dan diamalkan di sekolah.  Iklim sekolah merupakan suasana sekolah dalam proses peningkatan ilmu.  Iklim sekolah juga merupakan persekitaran sekolah yang wujud di sesebuah sekolah.  Mohd Salleh Lebar (2002) menyatakan guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam pembinaan budaya ilmu.  Budaya ilmu adalah penting dalam dunia pelajar dan setiap masa boleh dikatakan guru mestilah memupuk pelajar agar sentiasa rajin membaca dan mendapatkan maklumat.
Ciri kedua ialah rancangan untuk belajar dari sekolah.  Rancangan belajar dari
 sekolah ini sangat dipentingkan dalam  sistem pendidikan negara kita di mana murid-murid sejak peringkat sekolah rendah lagi telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan maklumat terkini agar mereka menjadi insan yang berguna dan bermoral pada suatu hari nanti.  Bagi mencapai hasrat ini, pihak sekolah perlu sentiasa menyediakan rangsangan untuk menambah keinginan murid untuk terus belajar seperti memberikan motivasi.  Guru perlu sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat murid supaya tidak bosan dengan pengajaran guru.  Untuk memudahkan penerapan budaya itu, sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan seperti pusat sumber, kemudahan komputer, bengkel kemahiran, kegiatan aktiviti dan guru-guru yang berkelayakan agar semua murid terlibat secara langsung dengan budaya dan perkembangan ilmu.  Guru hendaklah memastikan setiap aktiviti Pusat Sumber bermakna dan sentiasa merangsang minat murid untuk belajar.  Peranan guru bimbingan dan kaunseling perlu aktif untuk menarik minat murid dalam bidang kerjaya di masa hadapan. Pihak PIBG dan masyarakat setempat perlu terlibat secara aktif dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
 Selain itu iklim sekolah sangat berkait rapat dengan kepimpinan pengetua yang berkesan yang mana secara tidak langsung turut membantu meningkatkan pencapaian para pelajar.  Kajian Rahimah Hj Ahmad (1995) adalah mengenai hubungan antara stail kepimpinan dengan iklim sekolah dan pencapaian pelajar.  Kajian ini mengkaji hubungan ciri iklim sekolah dari aspek budaya ilmu iaitu pencapaian pelajar dengan stail kepimpinan pengetua.  Jika guru dapat menentukan iklim bilik darjah, pengetua pula menentukan iklim sekolah.  Kajian Bossert et all. (1982) menyokong kajian ini bahawa tingkahlaku pengurusan pengetua mempengaruhi dua kelompok pembolehubah utama iaitu iklim sekolah dan organisasi pengajaran.
 Menurut Sweeney (1982) satu daripada enam ciri kepimpinan pengetua di sekolah berkesan ialah menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (iklim sekolah).  Dapatan kajian ini jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara  iklim sekolah dengan pencapaian pelajar dengan stail kepimpinan pengetua.
 Kesimpulannya, semangat mahu belajar dan rancangan untuk belajar dari sekolah akan membantu murid  merangsang dan menambah keinginan untuk belajar.  Sokongan padu dari pihak guru dan ibu bapa serta masyarakat sangat membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Kecemerlangan itu tidak akan tercapai sekiranya aspek penggunaan bahasa di sekolah tidak dititik beratkan.
 Aspek Penggunaan BahasaBahasa Malaysia adalah bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah. Aspek penggunaan bahasa terbahagi kepada dua seperti yang disarankan oleh PPK.  Ciri pertama ialah penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah.  Setiap sekolah perlu memastikan Bahasa Malaysia digunakan dengan struktur ayat, nahu serta sebutan yang betul. Ini menjadi keutamaan apabila pelajar menduduki peperiksaan khasnya mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Pelajar-pelajar perlu digalakkan menggunakan Bahasa Malaysia di dalam dan diluar bilik darjah.  Pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai aktiviti seperti Mingguan Bahasa atau Bulan Bahasa. Pelajar-pelajar juga hendaklah digalakkan menyertai pertandingan menulis esei , sajak, pantun dan sebagainya.  Pihak sekolah perlu memantau penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah dengan betul dan teratur demi untuk meningkatkan mutu dan prestasi  Bahasa Malaysia.
 Ciri kedua ialah penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah.  Pihak sekolah perlu menitik beratkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah.  Pelajar digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris di dalam dan luar bilik darjah dan tidak semasa timbulnya situasi tertentu sahaja.  Pihak sekolah perlu menggalakkan warga sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti Bahasa Inggeris di sekolah.
 Dasar bahasa pengantar diubah mulai 1970, Bahasa Melayu telah memainkan peranan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.  Mulai dari saat ini juga peranan Bahasa Inggeris berbeza dari peranannya pada masa dahulu.  Bahasa Inggeris diajar sebagai salah satu mata pelajaran sahaja.
 Kesimpulannya, pihak sekolah perlu memastikan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris digunakan dengan  dengan teratur bagi meningkatkan pengguasaan berbahasa di kalangan pelajar-pelajar.  Penguasaan ini bukan hanya setakat untk mencapai kejayaan dalam peperiksaan bahkan dapat memberikan keyakinan kepada pelajar dalam pertuturan dan perbualan seharian.
        “ Parent, teacher and visitor to school become aware of the ‘tone of the
           school’ soon  after entering it.  They intuitively gain impressions from           a number of cues- the way  pupils answer queries addressed to them           the way they more about the school and  how they conduct  themselves           in the playground, the way the teachers address the pupils, the way           visitors are received, to have only a few”.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB