“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Wednesday, December 10, 2014

Teknologi dan media dalam pengajaran

Teknologi dan media dalam pengajaran

- Meningkatkan pembelajaran dengan visual
- Meningkatkan pembelajaran dengan audio
- Meningkatkan pembelajaran dengan video


Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah (Disiplin)
Pengurusan Bilik Darjah

Prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah)
Cara-cara meningkatkan keberkesanan pengurusan bilik darjah)
Ciri-ciri fizikal bilik darjah dan kesan terhadap pembelajaran)
(Masalah disiplin pelajar dan cara-cara mengatasinya)
Minggu 12: Pengurusan Bilik Darjah

Definisi Bilik Darjah

Bilik darjah adalah tempat berlakunya proses P&P.
Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang mana sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran @ belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.
Berdasarkan perspektif teori & empirikal, bilik darjah ialah tempat yang dominan di dalam sekolah yang mana proses P&P berlaku.
Merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah.
Bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses P&P, tetapi perlu melibatkan pelajar-pelajar serta guru agar dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.


Definisi Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru untuk mengurus bilik darjah agar aktiviti P&P yang berkesan dapat dijalankan.
Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal, mewujudkan komunikasi @ interaksi dalam kalangan pelajar & guru.
Ia didefinisikan sebagai set tingkah laku kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan & memastikan agar keadaan-keadaan dalam bilik darjah dapat membawa ke arah pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru dalam mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Pengurusan bilik darjah merangkumi lebih banyak elemen selain  dari susun atur perabot & peralatan di dalam bilik darjah.
Guru perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar, peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas & mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya P&P dapat berjalan dengan lancar.
Ciri-ciri Bilik Darjah
1)      BILIK DARJAH TRADISI

2)      BILIK DARJAH KBSR & KBSM

3)      BILIK DARJAH MATA PELAJARAN KHAS

4)      BILIK DARJAH TERBUKA

5)      BILIK DARJAH PRASEKOLAH

6)       BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS



1) Bilik Darjah Tradisi

Wujud sebelum KBSR & KBSM
Kerusi & meja disusun mengikut baris demi baris.
Setiap baris murid duduk bersebelahan.
Susunan fizikal agak rigid. (tegang,kaku)
Lebih kepada pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu penglibatan murid dalam aktiviti P&P tidak digalakkan.
Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja murid @ bahan
P&P yang lain.
Suasana persekitaran tidak mendorong  dalam keberkesanan proses P&P.


2) Bilik Darjah KBSR - 1982 (kurikulum baru sekolah rendah)

Menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.
Penyertaan pelajar dalam proses P&P adalah amat digalakkan.
Program pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu pelajar lemah bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar.
Susunan kerusi & meja adalah mengikut kumpulan.
Saiz kerusi &  meja perlulah sesuai dengan ketinggian pelajar.
Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.
Hasil kerja yang dipamerkan menggambarkan suasana pembelajaran yang kondusif
Bilik Darjah KBSM
Suasana bilik darjah KBSM menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif serta kerap berinteraksi.
Susunan meja & kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.
Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran.
Kelas dilengkapi dengan peralatan asas Lazimnya, peralatan lebih canggih berbanding KBSR.
Saiz ukuran bilik darjah biasanya mampu menampung sehingga 40 orang pelajar & berukuran kira-kira 7X9meter.
Ruang pembelajaran yang selesa, luas & kondusif, dipenuhi ABM, hasil projek individu & berkumpulan.


3) Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatanyang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali:
     a)almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen.

     b) alatan-alatan seperti sinki &paip air untuk makmal sains & bilik kemahiran hidup.

Bentuk meja & kerusi diubahsuai untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja amali.
Contoh : Makmal sains, bilik ekonomi rumah tangga, bilik seni perusahaan,pusat sumber dan sebagainya.


4) Bilik Darjah Terbuka

Pelajar diberi peluang merancang aktiviti pembelajaran sendiri & pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum.
Guru hanya berperanan sebagai penasihat @ pembimbing, pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara @ fasilitator.
Situasi pengajaran diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan.
Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil @ individu.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah. Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajaran diintegrasikan.
Perhubungan antara guru dengan pelajar & pelajar dengan pelajar secara terbuka & jujur.

5) Bilik Darjah Prasekolah

Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan serta merangsangkan kanak-kanak.
Suasana persekitaran pembelajaran perlu memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak.
Mempunyai ruang ‘circle-time’iaitu aktiviti wajib setiap pagi yang mana murid-murid akan berkumpul bersama guru & menjalankan sesi perbualan.
Terdapat dua jenis bangunan prasekolah
a) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained yang mana melengkapi pelbagai jenis peralatan pembelajaran.

b) Corak terbuka yang mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang pembelajaran tertentu.



6) Bilik Darjah Pendidikan Khas

Bilik darjah pendidikan khas banyak persamaan dengan bilik darjah pra-sekolah.
Murid pendidikan khas bukan sahaja diajar pengurusan diri tetapi juga perlu mengikuti modul KBSR yang sama seperti murid-murid normal. Oleh itu, guru pendidikan khas perlu mempunyai komitmen yang tinggi & faham tanggungjawab mereka.
Perlu ada dua sudut :
     1)Persekitaran yang ceria & berwarna warni seperti di bilik darjah pra-sekolah.

    2) Sudut ‘time out’- berada sudut kiri belakang bilik darjah., sudut kosong yang tidak mempunyai apa-apa pernyataan. Ia adalah tempat murid berdiri jika membuat kesalahan yang berulang kali.



Aspek Fizikal Bilik Darjah

1) KEBERSIHAN

Persekitaran yang bersih, Contoh: lantai bersih, tiada habuk di tingkap dsb.
2) KESELAMATAN

Mempunyai pelan keselamatan kebakaran.
Semua alatan & bahan di dalam bilk darjah perlu selamat digunakan.
Persekitaran bilik darjah tidak membahayakan pelajar hingga boleh melibatkan kemalangan.
3) PENGGUNAAN KEMUDAHAN

Digunakan dengan baik.
Aspek Fizikal Bilik Darjah (sambungan)
4) KESELESAAN

Bilik yang sesuai.
Peredaran udara yang baik.
Ruang yang mencukupi.
Keadaan & kesesuaian kerusi meja dalam keadaan baik.
Persekitaran pembelajaran yang tenteram & tenang.
5) KEINDAHAN

Alas meja.
Pokok bunga.
Mural.
Langsir.
Warna dinding kelas.


Tugas Guru Dalam Pengajaran

Guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan proses P&P di sekolah.
Memfokuskan & mendapatkan perhatian pelajar.
Penyampaian isi pengajaran tersusun & lancar.
Penggunaan alat bantu mengajar.
 Masa pengajaran secara berkesan.
 Dapat menjalankan pengajaran yang interaktif.
Menyediakan maklum balas & pengukuhan.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB