Menurut
Weber (1924), birokrasi ialah struktur sosial yang mempunyai hirarki, peranan-peranan
dan status yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, prosedur yang eksplisit,
berdasarkan pembahagian fungsi dan autoriti. Birokrasi mengandungi tiga jenis
kuasa iaitu autoriti atau kuasa tradisional, autoriti atau kuasa rasional-legal
(perundangan rasional) dan autoriti dan kuasa karismatik. Autoriti tradisional
adalah seperti yang terdapat di bahagian dunia yang belum moden, misalnya kuasa
tradisi raja yang diwarisi. Disebabkan kuasa mulak adalah pada raja maka
perubahan sukar berlaku. Autoriti karismatik merupakan ciri istimewa individu
di mana beliau dipercayai mempunyai kelebihan oleh pengikut-pengikutnya.
Autoriti rasional-legal ialah bagi negara moden barat dimana birokrasinya
berasaskan undang-undang rasional berbentuk formal yang dikanunkan.
Menurut
pandangan Weber (1924), birokrasi akan melicinkan perjalanan organisasi yang
besar. Pada hari ini, birokrasi selalu dilihat dalambentuk organisasi kompleks
yang mempunyai pejabat dan kakitangan pelbagai pangkat. Ini termasuklah
organisasi-organisasi kerajaan, swasta, hospital,sekolah dan lain-lain.
Birokrasi melibatkan peraturan-peraturan yang dibuat oleh pakar. Birokrasi
dianggap sebagai fenomena penting warisan kapitalisme.Dalam menolak pandangan
Karl Marx, Weber berpendapat birokrasi dalam masyarakat sosialisme akan lebih
bermasalah berbanding masyarakat kapitalisme.
Di
antara ciri-ciri birokrasi ialah pengkhususan di dalam banyak tugas iaitu pembahagian
tenaga kerja, sistem kuasa berhierarki daripada peringkat rendah ke peringkat
tinggi, peraturan yang jelas dinyatakan dalam spesifikasi tugas,tidak
memasukkan pertimbangan peribadi dalam urusan rasmi, melayani pekerja bawahan
dan pelanggan dengan adil, mengisi perjawatan dengan tenaga pakar dan
mewujudkan bidang kerjaya yang pelbagai. Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi
dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan
dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan
tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan
tidak peribadi. Contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk kerajaan, angkatan
bersenjata, perbadanan,hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah.
Perkataan
"birokrasi" berasal daripada perkataan "biro" yang
digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat, bukan untuk merujuk kepada meja
tulis tetapi untuk pejabat, iaitu tempat bekerja. Maksud bahasa Perancis yang
asal bagi perkataan biro ialah baize yang digunakan untuk melitupi meja-meja.
Istilah"birokrasi" bermula digunakan tidak lama sebelum Revolusi
Perancis pada tahun1789 dan dari sini, tersebar dengan pantas ke negara-negara
yang lain. Akhiran bahasa Greek — kratia atau kratos — bermaksud
"kuasa" atau "pemerintahan".Oleh itu, "birokrasi"
pada dasarnya bermaksud kuasa pejabat atau pemerintahan pejabat, iaitu
pemerintahan golongan pegawai.
Umumnya
sekolah dianggap sebagai suatu birokrasi kerana kakitangan, guru dan
pentadbiran mengamalkan pengkususan. Ini dapat dilihat di mana terdapat pelbagai
subjek atau mata pelajaran yang diajar di sekolah dan setiap satunya diajar
oleh ramai guru yang berbeza-beza mengikut bidang kemahiran dan kepakarannya.
Begitu juga dengan pentadbir yang mana terdapat pengetua,penolong kanan
pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan kokurikulum yang
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang telah dikhususkan.
Apabila seseorang pentadbir atau guru tiada disekolah maka pihak sekolah akan
berhadapan dengan masalah sekiranya pihak ketiga ingin mendapatkan maklumat
atau berurusan dengan perkara-perkara yang dibawah bidang kuasanya.
Sekolah
juga dianggap sebagai suatu birokrasi kerana satu ciri yang utama iaitu kakitangan
dan pentadbiran yang mempunyai sistem autoriti yang berhierarki. Ini bermakna
organisasi pentadbiran di sekolah adalah berdasarkan susunan perjawatan yang
berbentuk piramid iaitu bermula di peringkat atas iaitu pengetua yang mempunyai
kuasa penuh terhadap kuasa pentadbiran dan pembuatan keputusan di sekolah,
diikuti oleh penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid,
penolong kanan kokurikulum dan guru kanan bidang. Diperingkat yang seterusnya
ialah Ketua Panitia dan pada lapisan bawah sekali adalah guru akademik biasa
yang mengajar mata pelajaran yang pelbagai disekolah.
Menurut
Meyer dan Rowan (1978), persekolahan menjadi suatu bentuk utama bagi organisasi
pendidikan atas kerana standardisasi birokratik klasifikasi ritual.Struktur sekolah
adalah ‘decoupled’ daripada apa yang benar berlaku di dalam masyarakat.
Persekitaran yakni masyarakat menjadi input kepada sistem persekolahan. Ini
bermakna sekolah sebenarnya banyak dipengaruhi oleh perubahan dan perkembangan
yang berlaku di dalam masyarakat. Kehendak, keinginan dan keutamaan semasa
anggota masyarakat akan mencorakkan sekolah tersebut secara umumnya.
Sekolah
juga dianggap sebagai sistem terbuka kerana saling bergantungan antara
organisasi dan persekitarannya. Sekolah tidak boleh berdiri sendirian untuk
hidup dan berjaya mendapat perhatian serta kerjasama daripada persekitarannya.
Kejayaan atau kegagalan sistem yang diterapkan atau berkuatkuasa di sekolah
amat dipengaruhi oleh persekitaran. Anggota masyarakat, pertubuhan bukan
kerajaan, badan-badan sukarela dan para ibubapa mempunyai ‘suara’ dan respons
yang signifikan untuk didengari oleh pihak sekolah terutamanya mengenai
kebajikan dan pencapaian para pelajar sekolah. Menyoroti daripada semua
kenyataan di atas adalah timbulnya satu persoalan iaitu apakah decouple atau
pemesongan yang terdapat di dalam sistem pendidikan atau persekolahan kita?.
Hakikatnya pengajaran di sekolah jarang sekali dikawal oleh pihak sekolah. Guru
dilihat begitu dominan di dalam bilik darjah. Wujudnya klasifikasi ritual
(Meyer) iaitu klasifikasi guru dalam subjek yang diajar, penetapan guru-guru
tingkatan. Kemudiannya adalah klasifikasi
murid, iaitu murid diklasifikasikan mengikut kelas, dan aliran sama ada
aliran sains, sastera, teknikal dan sebagainya.
Klasifikasi yang ketiga adalah klasifikasi sekolah
iaitu pengklasifikasikan sekolah iaitu jenis sekolah dan gred, contohnya sekolah
kawalan, sekolah bestari, sekolah khas, sekolah pelajar bermasalah dan banyak
lagi. Jika diteliti dengan lebih mendalam ‘decoupling’ berlaku di dalam sistem
pendidikan kita kerana kawalan dan penyeliaan berterusan yang diadakan oleh
pihak atasan bermula dari Jabatan Pelajaran sehinggalah peringkat Kementerian
Pelajaran. Contohnya pemantauan yang dilakukan olehJemaah Nazir Persekutuan.
Decoupling juga wujud kerana perlindungant erhadap sistem persekolahan daripada
ketidakpastian dan mengizinkan sekolah menyesuaikan diri terhadap
peraturan-peraturan yang tidak konsisten. Terdapat beribu-ribu sekolah
ditubuhkan di seluruh ceruk bandar dan desa dan bertambah mencabar lagi adalah
pelbagai peraturan dan pekeliling yang tidak konsisten dan sering berubah-rubah
berdasarkan kehendak dan tuntutan semasa. Oleh itu ini merupakan satu cabaran
dan bebanan yang besar perlu dipikul oleh pentadbiran dalam memastikan
penyesuaian dan perubahan peraturan-peraturan yang ada kalanya gagal untuk
dilaksanakan dengan jayanya disekolah akibat birokrasi sekolah dan pelbagai
lapisan hirarki jawatan di sekolah yang perlu melaksanakan peraturan tersebut.
Pembirokrasian Pendidikan
Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Di
Malaysia, kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran merupakan organisasi
yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbirkan secara berpusat pendidikan di
Malaysia. Kementerian ini berkuasa mentadbir, menentukan dasar-dasar,
menetapkan peraturan, membuat pemantauan, membuat penyelarasan serta kewangan
dalam pendidikan di Malaysia. Segala dasar dan peraturan tadi kemudiannya akan
dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah diseluruh negara. Keadaan ini sebenarnya
telah berlaku sejak sebelum merdeka iaitu apabila Laporan Barnes (1950)
dikemukakan. Antara butirannya ialah pendidikan sekolah rendah dari darjah satu
sehingga darjah enam percuma kepada kanak-kanak. Selain daripada itu, jawatan
Jemaah Nazir Persekutuan juga diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran. Kemudian
ianya diikuti denganLaporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952) dan
Laporan Razak (1956).
Setelah
merdeka Laporan Rahman Talib telah dikemukakan untuk dilaksanakan dan diikuti
oleh Ordinan Pelajaran (1967) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet(1979). Ini
disusuli pula dengan Akta Pendidikan pada tahun 1995 dan 1996 yang antara lain
menekankan bahawa Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama untuk
semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah
rendah jenis kebangsaan. Akta ini juga memperkenalkan satu kurikulum kebangsaan
yang wajib digunakan oleh semua sekolah termasuk sekolah swasta.
Perkara
yang ketiga adalah memperkenalkan peperiksaan awam yang dikelolakan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia sahaja. Ringkasnya, semua laporan-laporan dan
akta-akta di atas tadi telahdirangka dan dibentuk untuk dilaksanakan secara
centralisasi dan birokrasi diseluruh negara melalui ;
i.Perlaksanaan
dasar pendidikan negara yang diperkenalkan seperti perlaksanaan Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979).
ii.Pertukaran
dasar pendidikan negara.
iii.Surat-surat
pekeliling dari semasa ke semasa.
iv.Kempen-kempen
seperti kempen anti dadah.
Organisasi
Kementerian Pelajaran adalah bertepatan dengan ciri-ciri birokrasi moden yang
dinyatakan oleh Weber iaitu antaranya merupakan organisasi formal, mempunyai
hierarki autoriti yang jelas, mempunyai peraturan-peraturan dan mempunyai
pegawai-pegawai yang tetap dan dibayar gaji. Di peringkat pusat Kementerian
Pelajaran merupakan badan yang bertanggungjawab dalam segala aspek pendidikan
seluruh negara. Ringkasnya, segala kuasa tertumpu disini. Di setiap negeri pula
terdapat jabatan-jabatan pelajaran negeri yang menjadi saluran segala dasar
Kementerian Pelajaran ke peringkat lebih bawah iaitu daerah dan sekolah.
Kawalan secara berpusat sangat penting untuk memastikan segala dasar yang
dikehendaki oleh kerajaan dilaksanakan. Sistem berpusat akan menentukan
matlamat-matlamat pendidikan dipenuhi. Dari segi kepentingan pemerintah,
kawalan terhadap sistem persekolahan diwajarkan untuk mengembangkan
ideologinya.
Di
samping itu, Kementerian Pelajaran mengawal semua sekolah sama ada sekolah
rendah dan sekolah menengah.Manakala kolej-kolej, universiti-universiti awam
dan swasta adalah di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi. Menyentuh
mengenai pengembangan ideologi dan dasar-dasar kerajaan, diantara aspirasi dan
cita-cita kerajaan semenjak dahulu hingga kini melalui pendidikan adalah
membentuk dan mengukuhkan perpaduan kaum. Dalam konteks ini, sekolah merupakan
agen utama dalam membentuk perpaduan.Melalui perlaksanaan Pelan Integrasi
Nasional (PIN), sebenarnya kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat
terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Contohnya adalah seperti usaha
memperkasakan sekolah kebangsaan,penggubalan dan pengemaskinian sukatan
pelajaran, perlaksanaan sistemKBSR dan KBSM dan sebagainya.
Secara
jelasnya sistem pendidikan diMalaysia adalah berpusat dan mengandungi banyak
karenah birokrasi.Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa yang utama untuk
menentukan peruntukan kewangan, membentuk standard kurikulum, penetapan apa
yang patut diajar di sekolah, perlantikan dan perpindahan guru dan menentukan formula
untuk menjalankan reformasi di sekolah. Walaupun guru, pengetua dan pentadbir
sekolah diberikan banyak kuasa autonomi melalui sistem KBSR dan KBSM tetapi
mereka juga terus dikongkong dengan kaedah tradisi lama iaitumenunggu arahan
dari atas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang terlibat dalam dunia
pendidikan ini banyak bergantung kepada arahan dari pihak atasan.
Hierarki
paling atas di dalam struktur organisasi Kementerian Pelajaran adalah seorang
menteri, diikuti oleh ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah pelajaran. Setiap jawatan berkenaan
masing-masing mempunyai timbalan-timbalan dan penolong-penolong. Di peringkat
pusat, kementerian mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian mempunyai
fungsi masing-masing.Jabatan Sekolah-Sekolah misalnya bertanggungjawab terhadap
sekolah-sekolah dan institut pendidikan guru (IPG) di seluruh negara.
Stratifikasi jawatan diperingkat pusat diikuti di peringkat negeri, bahagian
dan daerah. Di kementerian dan pejabat-pejabat pada kebiasaannya, pembahagian
tugas adalah jelas. Seseorang pegawai eksekutif berstatus penolong pengarah
ataupun pegawai kerani misalnya, telah mempunyai tugas dan tanggungjawab
tertentu. Pegawai-pegawai lain pada kebiasaannya tidak akan campurtangan dalam
tugasan berkenaan.
Oleh
itu, adakalanya timbul masalah untuk berurusan dan membincangkan perkara di
bawah tanggungjawab dan tugasannya, sekiranya pegawai berkenaan bercuti atau
menjalankan tugas di luar pejabat. Walaupun birokrasi sangat penting dalam
konteks masyarakat moden terutamanya kerana melicinkan perjalanan organisasi
yang besar, terdapat juga pandangan negatif mengenainya.
Birokrasi
sering dikaitkan atau digambarkan dengan pelbagai kerenah atau red-tape.
“Birokrasi melibatkan peraturan-peraturan pihak atasan yang membuat keputusan
tanpa banyak merujuk kepada pihak yang terlibat atau menerima kesan daripada
keputusan itu” (Giddens1993). Berdasarkan hierarkinya, jelas struktur
organisasi Kementerian Pelajaran mempunyai birokrasi yang sangat ketat. Sesuatu
dasar baru selalunya akan disusuli dengan pekeliling yang ditandatangani oleh
Ketua Setiausaha Kementerian ataupun Ketua Pengarah Pelajaran. Ia kemudian
diturunkan kebahagian-bahagian di Kementerian, kemudian ke negeri, ke daerah
dan akhirnya ke sekolah. Kebiasaannya maklumat-maklumat itu memakan masa yang
lama baru sampaike peringkat bawah iaitu kepada guru-guru. Begitu juga maklumat
dari bawah selalunya terpaksa melalui proses birokrasi yang ketara apabila
misalnya program tertentu yang dianjurkan oleh sekolah terpaksa melalui saluran
daerah, negeri, bahagian dan pusat. Sesuatu permohonan yang melalui proses ini selalunya
akan memakan masa yang panjang. Apatah lagi jika sesuatu perkara itu melibatkan
keputusan antara bahagian-bahagian di kementerian. Akibatnya berlaku kelewatan
dalam perlaksanaan sesuatu dasar, peraturan ataupun pekeliling. Ini memberikan
persepsi dan tafsiran yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita.
Dalam
aspek pendidikan, birokrasi memberikan kesan yang paling signifikan terhadap
golongan pendidik, ibu bapa dan murid sekolah. Kekecewaan akan dirasai oleh
golongan ibu bapa, guru dan pelajar kerana kekurangan peluang, hak dan
kebebasan untuk bersuara dan membuat keputusan. Terdapat juga guru yang secara
senyap menentang perubahan yang dilaksanakan oleh pihaksekolah kerana peraturan
dan pekeliling yang diterima tidak memenuhi kehendak dan mendengar suara serta
pandangan guru. Guru-guru juga akan menzahirkan protes secara senyap melalui
prestasi kerja yang tidak menentu akibat perlu terikat dengan
peraturan-peraturan rasmi yang kadangkala tidak praktikal untuk dilaksanakan di
sesetengah sekolah. Dalam pada itu, perhubungan dari atas kebawah berlangsung
dalam bentuk yang terlalu formal atau ‘impersonal’ dan ini membataskan
komunikasi yang berkesan dan terbuka di antara pelaksana dasar dan pembuat
dasar. Sebarang pembahagian tugas dan penambahan jawatan juga perlu mengikut
arahan dan surat-menyurat secara rasmi daripada pihak kementerian atau Jabatan
Pelajaran dan ini memberikan kesan yang negatif terhadap kelicinan pentadbiran
sesebuah sekolah. Kecemerlangan dan kejayaan guru banyak dibayangi oleh
ganjaran yang diberikan dalam bentuk ekstrinsik atau berupa material dan tidak
disertai dengan ganjaran berbentuk intrinsik atau sokongan moral yang
sememangnya memberikan kesan yang besar dalam menaikkan motivasi dan semangat
untuk berkhidmat di kalangan warga pendidikan.
Langkah-Langkah Menuju Ke
Arah Desentralisasi
Tidak
dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan negara telah mengalami satu reformasi
yang besar semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Sehingga kini banyak
pembaharuan dan penambahbaikan yang dapat dilihat terutamanya setelah Wawasan
2020 dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Bin Mohammad.
Sebenarnya organisasi pentadbiran dalam pendidikan telah mula melakukan
penyusunan semula. Paling ketara adalah taraf PegawaiPendidikan Daerah telah
dipertingkatkan dan PPD telah mempunyai pegawai-pegawai lain bagi membantu
dalam mentadbir sekolah di dalam daerah mereka.Mereka turut diberikan kebebasan
dan kuasa untuk menguruskan pertukaran dan penempatan guru dan pelajar di dalam
daerah tersebut. Pejabat PelajaranDaerah (PPD) akan membekalkan sumber-sumber
bahan pengajaran dan pembelajaran serta menguruskan segala bahan dan maklumat
yang diperlukan oleh sekolah.
Bagi
memberikan lebih kebebasan dan peluang untuk sekolah menguruskan dan meningkatkan
prestasi dan membuat penilaian yang lebih menyeluruh dan berkesan, maka semakin
banyak mata pelajaran yang diberikan kebebasan untuk membuat penilaian dan
pentaksiran berasaskan sekolah. Maka pada hari ini di semua sekolah seluruh
negara, telah diwujudkan sistem penilaian dan pentaksiran yang dinilai dan
diberi markah oleh para guru dan disahkan olehpentadbir sekolah bagi mewakili
sebahagian pemarkahan di dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah
Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM). Pentadbiran sekolah juga diberikan kuasa dalam hal ehwal kenaikan
pangkat di peringkat sekolah seperti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru-guru kokurikulum,
Penolong KananPetang, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Guru Kanan Bidang dan seumpamanya.
Pada peringkat kementerian, telah berlaku pembahagian tugas,tanggungjawab dan
autoriti yang ketara melalui pengasingan di antara pengurusan sekolah dan institusi
pengajian tinggi apabila kerajaan memutuskan
menubuhkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Secara tidak langsung ini dapat meminimakan karenah birokrasi yang sedia ada
diantara pengajian di peringkat rendah dan menengah dengan pengajian
diperingkat kolej dan universiti. Banyak manfaat dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan
melalui pengasingan dua kementerian ini.
Desentralisasi
yang berterusan di turunkan ke peringkat sekolah perlu diuruskan dengan lebih
bijak oleh pentadbiran sekolah. Oleh yang demikian bagi memastikan pengetua dan
pentadbir sekolah dapat mentadbir dengan lebih berkesan dan membuat keputusan
yang baik dari segi pentadbiran dan arahan maka mereka perlu dihantar berkursus
dari semasa ke semasa ke Institut Aminuddin Baki (IAB). Galakan untuk
meningkatkan kemahiran dan kelayakan perjawatan harus diutamakan melalui
pemberian biasiswa untuk melanjutkan pengajian.
Guru
wajar diberikan kuasa yang lebih luas untuk memastikan apa yang penting bagi
sekolah seperti di dalam menguruskan bilik darjah, hal ehwal murid, program
peningkatan prestasi, sahsiah dan kokurikulum murid. Dalam aspek kewangan,
pihak sekolah perlu diberikan insentif yang khusus untuk para guru menjalankan
kajian tindakan terhadap sesuatu masalah yang berlaku di sekolah dan cuba
memperbaikinya untuk meningkatkan tahap dan taraf sekolah berkenaan. Apabila
setiap sekolah berlumba-lumba untuk melakukan kajian tindakan dan
mengaplikasikan hasil dapatan kajian tersebut, maka secara tidak langsung akan
meningkatkan kualiti pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Pelbagai dapatan dan
hasil kajian ini juga akan dapat dikaji, dibincangkan serta digunapakai pada
sekolah-sekolah lain di seluruh negara. Dalam pada itu juga, melalui cara ini
guru akan diberikan lebih galakan dan dorongan untuk melakukan kajian tindakan
yang secara realitinya tidak pernah dilakukan oleh guru-guru di sekolah.
0 comments:
Post a Comment