“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Wednesday, December 10, 2014

Kaedah Pengajaran Abad ke-21

Kaedah Pengajaran Abad ke-21
- Permainan
- Simulasi
- Discovery



1)Permainan

            Merupakan satu kaedah yang menarik & menyeronokkan  bagi pelajar. Digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang. Unsur-unsur lain seperti hiburan dan keseronokan yang terdapat dalam permainan akan merangsang pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Seterusnya ia akan dapat membantu pelajar dalam melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.

 Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Permainan:

Memperkembangkan kemahiran pendidikan imaginasi , pertimbangan , sintesis & perhubungan secara lisan.
Memberi kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar.
Menolong mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan .
Boleh digunakan dalam semua bidang pembelajaran.


 Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Permainan:

Pelajar akan menjadi leka dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap objektif dalam permainan tersebut
Memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan permainan berasaskan teknologi
 Contoh bahan:

Video-game based learning

 2) Simulasi

Merupakan suatu kaedah dalam melakonkan sesuatu situasi berkaitan isu ataupun permasalahan. Penggunaan  kaedah simulasi dengan perkembangan teknologi berlaku apabila dapat mewujudkan situasi dengan menggunakan teknologi agar menyerupai keadaan sebenar dalam bentuk yang dipermudahkan dan diringkaskan agar permasalahan yang berkaitan lebih mudah di fahami dan diselesaikan. Simulasi memberikan gambaran kepada pelajar menerusi alam maya dan membawa pelajar kepada realiti dunia yang sebenar.

 Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Simulasi:

Pelajar dapat mempraktikan kemahiran  sedia ada dengan kemahiran baru.
Memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara penyelesaian masalah secara spontan.
Proses pembelajaran adalah lebih berkesan kerana pelajar boleh bersedia dengan rapi dengan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Memberi peluang  kepada pelajar untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa.
Dapat meningkatkan kemahiran pertuturan mereka & interaksi di antara mereka.


 Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Simulasi:

Situasi yang diwujudkan mungkin di luar pengalaman pelajar.
Hanya pelajar yang terlibat sahaja akan mendapat faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh bahan:

E-simulasi



3) Penerokaan (Discovery)

Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.

Penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:

membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.)
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT.Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.



ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan

Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.

Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.

 Kelebihan Penggunaan Pendekatan ICT Penerokaan:


Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.
Kelemahan Penggunaan Pendekatan ICT Penerokaan:

Proses pengajaran dan pembelajaran akan memakan masa yang agak lama
Lazimnya pelajar akan mendapat rumusan yang berlainan daripada yang dirancang.
Contoh bahan:

E-discovery

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB