1.0 Pengenalan
Pendidikan Moral ialah
mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah
rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan
amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang
berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada
masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam
sekitar dan negara.
Pendekatan
pengajaran nilai membantu guru
memahami dan merancang pengajaran moral. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P d P), terdapat empat perkara asas yang perlu diberikan
penekanan, iaitu: membina kefahaman terhadap nilai, membina kesedaran perasaan,
menjelaskan dan menghuraikan nilai serta membuat keputusan dan memberikan
justifikasi. Terdapat pelbagai pendekatan P d P yang boleh digunakan oleh guru.
Pengertian Nilai - Nilai
diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk
melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu,
kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang
sebagai baik, berharga dan bernilai.
Bertanggungjawab bermaksud
kesanggupan diri seseorang untuk memikul
dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
2.0 Kajian
Nilai Murni “Bertanggungjawab Terhadap
Diri dan Keluarga”
Saya telah
menjalankan satu kajian ringkas terhadap murid–murid tahun 6 di SK Damansara
Jaya (1) berkaitan pemahaman mereka mengenai nilai – nilai murni iaitu “Bertanggungjawab
Terhadap Diri dan Keluarga”
2.1 Bilangan
Responden
Seramai 10
orang murid Pendidikan Moral , kelas 6 Kreatif telah pilih bagi menjalankan
kajian ini.
2.2 Kaedah
Kajian
Semua
murid tersebut dikehendaki menyenaraikan amalan-amalan bertanggungjawab
terhadap diri dan keluarga mengikut pemahaman masing – masing.
2.3 Rumusan
daripada hasil murid
Item
|
Senarai Amalan-amalan Bertanggungjawab
|
Peratus murid
yang terlibat
|
1
|
Memberi tumpuan
semasa guru mengajar
|
70%
|
2
|
Mengulangkaji
pelajaran
|
70%
|
3
|
Memastikan
kebersihan diri dijaga
|
80%
|
4
|
Sentiasa
mengamalkan disiplin yang baik
|
60%
|
5
|
Belajar
bersungguh-sungguh
|
70%
|
6
|
Mengamalkan cara
pemakanan yang seimbang dan sihat
|
50%
|
7
|
Sentiasa berbudi
bahasa
|
60%
|
8
|
Mematuhi
peraturan sekolah
|
80%
|
9
|
Menjaga kesihatan
diri
|
50%
|
10
|
Menjaga
keselamatan diri
|
70%
|
11
|
Menyiapkan
kerja/projek sekolah mengikut masa yang diberi
|
60%
|
12
|
Menghormati ibu
bapa, guru-guru dan rakan-rakan
|
60%
|
13
|
Membantu ibu bapa
mengemas rumah
|
40%
|
14
|
Membantu menjaga
kebersihan kelas dan kawasan sekolah
|
60%
|
15
|
Menghormati agama
dan kaum yang lain
|
30%
|
Hasil
kerja daripada murid telah dianalisa, didapati 80% murid menyatakan bahawa tanggungjawab
mereka yang utama adalah memastikan
kebersihan diri dijaga (Item 3) dan mereka juga menyatakan amalan mematuhi peraturan sekolah (Item 8)
merupakan amalan yang utama. Ini mungkin berlaku kerana pengurusan sekolah amat
menitikberatkan pelajarnya mematuhi peraturan sekolah serta kebersihan diri
murid dijaga daripada aspek pakaian, kasut, kuku yang bersih dan pendek serta
penjagaan rambut yang pendek serta kemas.
Di samping
itu, 70% daripada mereka mempunyai amalan-amalan baik terhadap pembelajaran
seperti memberi tumpuan semasa guru
mengajar (Item 1) , mengulangkaji
pelajaran (Item 2), dan belajar bersungguh-sungguh (Item 5) dan
juga kesedaran tanggungjawab mereka terhadap menjaga keselamatan diri (Item 10).
Namun
begitu, tahap kesedaran tanggungjawab murid terhadap pentingnya menjaga kesihatan diri (Item 9) dan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan sihat (Item 6) adalah
pada peringkat sederhana (50%). Ini mungkin berlaku kerana pada tahap umur ini,
amalan ini kurang diberi penekanan kerana
mereka yang masih muda. Tahap umur muda ini juga mempengaruhi pemahaman
serta tahap kesedaran yang rendah (30%) kanak-kanak terhadap perlunya menghormati agama dan kaum yang lain (Item
15)
Di samping
itu, amalan membantu ibu bapa di rumah(Item
13) juga agak sederhana iaitu sebanyak 40%. Tahap ini agak rendah mungkin
disebabkan oleh oleh kehidupan agak mewah dengan rumahtangga yang ada pembantu
rumah di sekitar kawasan di Petaling Jaya. Kanak-kanak tidak diasuh untuk
membantu ibu bapa dengan kerja-kerja di rumah seperti menyapu lantai dan
sebagainya.
Amalan-amalan
pada item (4,7,11,12 & 14) adalah pada peringkat sederhana iaitu tahap
kesedaran mengamalkan disiplin yang
baik, sentiasa berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, guru-guru dan
rakan-rakan. Semenjak seya bertukar ke sekolah ini, saya telah memulakan budaya
memberi sapaan (greetings) di kalangan murid-murid dengan guru-guru. Tambahan
pula dengan amalan sekolah penyayang, hubungan yang mesra dan akrab ternampak
berlaku di kalangan warga di sekolah ini.
3.0
Kajian Nilai Kebersihan Fizikal dan Mental
Item
|
Senarai Amalan Kebersihan Fizikal dan Mental
|
Peratus murid
yang terlibat
|
1
|
Menjaga
kebersihan rambut
|
90%
|
2
|
Memakai pakaian
dan kasut yang bersih
|
100%
|
3
|
Memastikan
kebersihan gigi- memberus sekurang-kurang 2 kali sehari
|
90%
|
4
|
Sentiasa menjaga
kuku jari dan kaki agar pendek dan bersih
|
90%
|
5
|
Memberus gigi dengan betul
|
90%
|
6
|
Mengamalkan
amalan rehat dan tidur yang mencukupi
|
70%
|
7
|
Mempunyai
pemikiran yang sihat dan positif
|
80%
|
8
|
Memikirkan
perkara yang baik dan berfaedah
|
90%
|
3.1
Rumusan Nilai Kebersihan Fizikal dan Mental
Secara
keseluruhannya, tahap amalan kebersihan fizikal di kalangan murid-murid sekolah
ini adalah amat tinggi, iaitu 90% bagi
Item 1,3,4 & 5. Murid-murid mengutamakan kebersihan fizikal dari aspek
penjagaan rambut, kuku serta gigi. Kesemua responden mengutamakan juga
kekerapan memberus gigi menjamin kebersihan mulut.
Di samping
itu, tahap amalan kebersihan mental agak memuaskan iaitu ketiga-tiga item
(7, 8
& 9) berada di tahap melebihi 70%. Kesedaran mengamalkan pemikiran yang
sihat dan berfikiran positif mendorong murid-ke arah pemupukan nilai-nilai
murni .
4.0 Kesimpulan
Amalan
nilai – nilai murni murid-murid di SK Damansara
Jaya(1) adalah di atas tahap sederhana. Hasil daripada analisis serta dapatan
ini, telah menyedarkan diri saya sebagai Guru Besar untuk melakukan perubahan
di sekolah dalam menyemai nilai – nilai murni yang bersepadu dan menyeluruh
supaya penekanan kepada nilai murni bagi
menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang
maju dan masyarakat berilmu.
Cara
penyerapan nilai – nilai murid dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) oleh
guru perlu dilihat ketika pemantauan seberapa kerap yang mungkin. Penilaian nilai
murni seperti amalan-amalan baik ini akan terus saya lakukan supaya semua murid
di sekolah ini terdidik dengan keluhuran dan seterusnya merealisasikan hasrat
pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang hormonis dan seimbang dari aspek
jasmani, emosi ,rohani, intelek dan juga
berkemahiran bersosial.
0 comments:
Post a Comment