“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Wednesday, December 10, 2014

Kurikulum & Pengajaran

Definisi Kurikulum

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Ia juga ialah rancangan untuk pembelajaran.
Di Malaysia, setiap sekolah mengikut kurikulum adalah sama yang  dirancang oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
Melalui kurikulum ini, pihak sekolah membekalkan ilmu & pengalaman pembelajaran pada orang ramai.
Kurikulum & sekolah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Guru mainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum.


KONSEP KURIKULUM

      Dokumentasi khas & panduan.
      Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
      Program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran
      Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
      Konsep yang tersirat.


 MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM

Garis panduan & penentu sempadan ilmu.
Penyampaian maklumat ikut peringkat.
Relevan & sesuai dengan kehendak semasa.
Membina modal insan abad ke 21.
Melahirkan insan seimbang.
Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
Melahirkan insan yang sayang & cintakan tanah air.


FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM

Idealisme : Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.

Realisme : Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat

Paramatisme : Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.

Perianelisme : Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.

Essentialisme : Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran

Progressivesme : Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan

Rekonstrutionalisme : Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu

Eksistentialisme :Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.



DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang.
Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran & pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh & mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
A. Unit Badan Beruniform    
B. Persatuan/Kelab    
C. Sukan/Permainan
 

OBJEKTIF GERAKERJA KOKURIKULUM

1. Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju & berani menghadapi cabaran.

2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan & berkomunikasi dengan berkesan.

3. Mengembangkan & meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional,

    kritis & kreatif.

4. Memperolehi ilmu pengetahuan , menguasai kemahiran serta dapat mengamalkan

    dalam kehidupan seharian

5.Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri & sentiasa berusaha untuk memeliharanya.



RASIONAL GERAKERJA KOKURIKULUM

1. Mengamalkan & mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah.

2. Memupuk & mengeratkan hubungan di kalangan pelajar & antara sekolah dengan

    masyarakat.

3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, berfaedah serta

    memelihara kesihatan fizikal & mental.

4. Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya.

5. Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri & berdikari.



Definisi Kurikulum Tersembunyi

Kurikulum ini merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh pelajar dan kesannya adalah di luar kawalan guru.
Pembelajaran sampingan berlaku disebabkan cara kurikulum itu disusun & kaedah-kaedah pengajaran yang diterapkan oleh guru & persekitaran di sekolah.
Kurikulum tersembunyi juga adalah segala amalan-amalan di sekolah yang kadangkala dilakukan tanpa difikirkan tujuannya.
Kurikulum tersembunyi sangat penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kepelbagaian sosio-budaya & ini secara tidak langsung memberikan implikasi kepada pelajar tanpa mengira kaum.


Ciri-ciri Kurikulum tersembunyi @ tersirat

1)      Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang didiperolehi pelajar yang mana mereka belajar.

Alam persekolahan ialah suatu pengalaman murid yang menyeronokan, menakutkan & tempat mereka berjumpa serta berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.
Contoh: pengalaman pembelajaran pada peringkat awal sistem persekolahan formal & berterusan.
2)      Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasil pembelajarannya bersifat relatif & sukar diukur secara kuantitatif.

Relatif meliputi ideologi, keyakinan,nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi sekolah.
Ini bermakna masyarakat yang menetapkan pengetahuan yang harus diwarisi & yang tidak perlu diwariskan pada generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat yang membawa implikasi pengaruh pada pelajar sepanjang persekolahan. .
Contoh: sistem pengurusan kelas, ruang kelas,aturan yang diterapkan & sebagainya.
3)      Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum samada guru & murid.

Contoh: guru menerapkan sifat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Secara tidak langsung dapat diterapkan ke dalam diri pelajar sepanjang proses P&P berlaku.
4) Berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran & latar belakang pelaksana kurikulum.

Boleh menyatukan pelajar pelbagai kaum.
Contoh: mengadakan pertandingan permainan tradisional boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan ini pelajar dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing & secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.
5) Terdiri daripada jenis @ kategori yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran & matlamat kurikulum itu sendiri.

Berperanan membentuk perubahan fungsi sosial pendidikan.
Contoh: apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru membahagikan kumpulan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar yang berlainan kaum.


DEFINISI PERANCANGAN

Perancangan bermaksud perbuatan, tindakan & usaha yang dijalankan dalam merancang sesuatu.


 DEFINISI PERANCANGAN KURIKULUM

Suatu cara pemilihan kurikulum & pengatur rancangan sesudah mendapat segala fakta, data, unjuran & juga kesesuaian dalam semua nilai-nilai profesional.
Untuk merancang kurikulum, adalah penting untuk memberikan kenyataan @ huraian matlamat dibuat dengan tepat, jelas & logik.


Peringkat perancangan kurikulum:

    a) Peringkat awal

     – untuk menonjolkan, membeza dan menyemarakkan rangsangan yang mana rangsangan boleh wujud dalam suasana sosial,  politik, pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar.

    b) Peringkat kedua

       – untuk bertindak agar gerak balas akan berterusan & sesuai.



Fungsi Perancangan Kurikulum

Mengesan & memilih kemudahan @ sumber-sumber dalam persekitaran institusi, universiti  yang bersesuaian.
 Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat sebelah.
Mengelak daripada pertindihan kurikulum.
Mengelak daripada gerak balas kurikulum yang keterlaluan, tidak penting & tidak bersesuaian.
Mengkaji & memilih kurikulum.
Menentukan keutamaan & memilih kurikulum.
Mengelak daripada mewujudkan kurikulum yang tidak mempunyai kekuatan @ tidak boleh dilentur.
Memperbetulkan keutamaan setelah mendapat maklum balas dalam penilaian.
Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan institusi berkenaan.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB