“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Tuesday, December 2, 2014

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU PRA SEKOLAH SWASTA

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru prasekolah swasta. Aspek yang telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kesediaan guru prasekolah swasta menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sampel kajian terdiri daripada sepuluh orang guru prasekolah swasta yang mengajar di salah sebuah prasekolah swasta di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik iaitu kaji selidik  terhadap guru yang dipilih secara rawak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru - guru pra sekolah swasta kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah disebabkan oleh faktor - faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Namun begitu guru – guru prasekolah swasta  positif dalam sikap mereka ke arah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak pengurusan yang terlibat bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di pra sekolah tersebut.

 KANDUNGAN

KANDUNGAN                                                                                 MUKASURAT

BAB I : PENGENALAN                                                            

1.0.      Pendahuluan                                                                                     1
1.1.      Penyataan Masalah                                                                            3
1.2.      Objektif Kajian                                                                                   6
1.3.      Persoalan Kajian                                                                                6         
1.4.      Batasan Kajian                                                                                   7
1.5.      Definisi / Istilah                                                                                 7
1.6.      Kepentingan Kajian                                                                           7

 BAB II : TINJAUAN LITERATUR

2.0.      Pendahuluan                                                                                      8

BAB III : KAEDAH KAJIAN

3.0.      Pengenalan                                                                                         10
3.1.      Reka bentuk Kajian                                                                           10 
            3.1.1.   Penyelidikan Deskriptif                                                          11
3.2.      Sampel Kajian                                                                                     11
3.3.      Pengumpulan Data                                                                              11
3.4.      Kaedah Analisis Data                                                                         12
           

BAB IV :  PENGANALISAAN DATA

4.0.      Pengenalan                                                                                          12
4.2.      Profil Sampel                                                                                      12
4.2.1.   Latar Belakang Responden                                                     13
4.2.2.   Penggunaan ICT Dalam P&P                                                14
            4.2.3.   Sikap Guru Terhadap ICT                                                      14
            4.2.4.   Masalah Dihadapi Dalam Pengggunaan ICT                          15
           
BAB 5 : RUMUSAN
5.0.      Perbincangan                                                                                      17
5.1.      Rumusan                                                                                            18
5.2.      Cadangan Untuk Kajian Selanjutnya.                                                            20       
Rujukan                                                                                                           21
Lampiran                                                                                                         22



BAB I
PENGENALAN
1.0.      Pendahuluan
Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagi murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan oleh Menteri di bawah Seksyen 22. Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi kanak - kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak (Kurikulum, 2010).

Dalam pendidikan prasekolah, guru harus menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta minat murid. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Aktiviti tersebut perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama serta memperolehi pelbagai pengalaman pembelajaran sebenar sama ada secara individu, secara kelas ataupun secara kumpulan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications echnology atau ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah swasta merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  prasekolah. Kanak - kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Teknologi boleh memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak - kanak (Haugland & Wr ight, 1997). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan kemahiran baru. Oleh itu kanak - kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan cara yang bermakna.

Jika ICT tidak sepenuhnya diintegrasikan ke dalam kurikulum secara keseluruhan, ia boleh meninggalkan kesan negatif ke atas kreativiti kanak - kanak (Haugland, 1992). Menyedari hakikat ini, Pada tahun 2002, program ICT (KPM, 2003) prasekolah diberikan keutamaan dan dijadikan sebahagian elemen penting di mana ia bukan sahaja telah diambil kira sebagai salah satu komponen dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) malah pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT juga diutamakan. Perkara ini juga perlu diikuti oleh semua pra sekolah swasta.

Pada tahun 2008/2009 KPK disemak semula. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digubal diguna pakai mulai Januari 2010. KSPK digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran. Tunjang-tunjang pembelajaran KSPK terdiri daripada (a) komunikasi, (b) kerohanian, sikap dan nilai, (c) kemanusiaan, (d) sains dan teknologi, (e) perkembangan fizikal dan estetika, dan (f) ketrampilan diri.Kurikulum KSPK merupakan kurikulum yang berbentuk modular di mana ia merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dikenali sebagai modul. Terdapat dua jenis modul iaitu modul teras dan modul bertema. Modul teras terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina/Bahasa Tamil, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral dan Matematik. Modul bertema pula merupakan modul bersepadu yang erangkumi unsur unsur dalam keenam - enam tunjang pembelajaran dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak -kanak. Guru prasekolah digalakkan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. merentas kurikulum. Pendekatan ICT digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya dan memperkayakan pengalaman pembelajaran. Bagi menjayakan rancangan ini, Kementerian Pelajaran telah membekalkan kelas prasekolah kerajaan dengan sistem komputer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar - pelajar prasekolah dan diharapkan menjadi ikutan oleh pihak pra sekolah swasta (Lim Keat Heng, 2007).

1.1.      Penyataan Masalah

                        Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini termasuk di prasekolah swasta. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah di samping lain -lain pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Tan Sri Muhyiddin berkata usaha untuk menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara tidak akan sempurna tanpa dimasukkan peranan ICT. Beliau berkata penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda. (Kosmo Online, April 14, 2010).

Namum begitu, di Malaysia pendekatan ICT masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan seperti di negara - negara barat. Dapatan daripada Pelan Rancangan Pendidikan 2001-2010 mendapati antara tahun 1996 -2000, daripada 30% guru yang menghadiri kursus ICT hanya segelintir yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di negara barat pula, penggunaan ICT agak terkenal. Sebagai contoh di negara barat, kebiasaannya ICT seperti video, televisien, perisian multimedia digunakan untuk melibatkan kanak - kanak prasekolah secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet juga digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, laman web Public Broadcasting Service (PBS) iaitu laman PBS Kids menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak -kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Di sini , mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains dan teknologi untuk kanak - kanak (Bergen, 2001).

Terdapat banyak cara dan teknik guru prasekolah boleh mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu caranya ialah menggunakan perisian yang sesuai dengan perkembangan kanak -kanak untuk mencapai objektif pelajaran. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih bahan ICT yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan ‘freeware’ yang sesuai dengan perkembangan kanak -kanak untuk melengkapi aktiviti -aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah dan menjadikan pengalaman belajar kanak -kanak prasekolah lebih seronok dan bermakna (Bergen, 2001). Jika dilihat senario ini di Malaysia, guru prasekolah kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran atas alasan kekangan masa, kemudahan ICT yang tidak lengkap atau terhad bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Guru prasekolah perlu berusaha mencari jalan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kanak - kanak prasekolah akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya.Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan cabaran untuk guru prasekolah (Myhre, 1998). Pendekatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran harus dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan usia, minat dan tahap perkembangan kanak -kanak. Keberkesanan ICT dalam pendidikan prasekolah bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru prasekolah (Haugland & Wright, 1997). Guru adalah agen utama dalam inovasi pendidikan. Mereka merupakan salah satu faktor utama dalam mengadopsi, mengintegrasikan, dan menggunakan ICT di sekolah (Nash & Moroz, 1997). Sikap guru adalah berkaitan rapat dengan keberkesanan penggunaan ICT dalam kelas kerana mereka mempengaruhi pengalaman ICT kanak - kanak di persekitaran sekolah (Simonson, 1995).

Kesediaan guru prasekolah untuk mengintegasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran KSPK. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada masalah seterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt & Kinzie, 1993).

Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitu kurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputer merupakan halangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalam bilik darjah. (Dupagne & Krendl, 1992).

1.2.      Objektif Kajian

Beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut;

a.       Mengenal pasti penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru prasekolah swasta.
b.      Mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah swasta.
c.       Mengenalpasti sikap guru prasekolah swasta dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3.      Persoalan Kajian

            Kajian ini dijalankan supaya penyelidik dapat menghuraikan beberapa persoalan iaitu;
1.3.1  Adakah guru menggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah swasta?
1.3.2  Apakah masalah – masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT di prasekolah swasta?
1.3.3   Apakah sikap guru prasekolah swasta mempengaruhi dalam penggunaan ICT ?

1.4.      Batasan Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana dapatan tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru diperolehi melalui soal selidik merangkumi sikap dan masalah penggunaannya.

1.5.       Definisi / Istilah

            Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (RozinaJamaludin, 2000). Penguasaan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru swasta dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaranmereka.

1.6.      Kepentingan Kajian

Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik dapat menghuraikan faktor dan juga ciri-ciri terbaik agar;
1.6.1.   Boleh dijadikan rujukan kepada sekolah-sekolah harian biasa.
1.6.2    Boleh dijadikan panduan oleh pihak pentadbir pendidikan di prasekolah swasta untuk mengatasi pelbagai masalah melibatkan penggunaan dan pengurusan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di samping merangka langkah-langkah penambahbaikan ke atas pengurusan ICT sedia ada.

BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0       Pendahuluan

            Kebanyakan guru prasekolah swasta di Malaysia kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran disebabkan masalah yang mereka hadapi. Hannafin dan Savenye telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan guru enggan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu, kelemahan reka bentuk perisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasil pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untuk belajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takut kehilangan kuasa mereka di kelas kerana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (Hannafin, 1999; Savenye, 1993). Masalah yang menyumbang kepada kegagalan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranperlu ditangani bagi memastikan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah mencapai objektif dan matlamatnya.

Woodrow (1991) dalam kajiannya mendapati guru akan mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum. Corston dan Colman (1996) dan Hohmann (1994) juga mendapati guru yang berasa kurang yakin dan gelisah lebih cenderung untuk mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka tidak akan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurang keyakinan apabila menggunakan ICT serta kurang pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru merupakan masalah utama dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mempunyai sikap positif terhadap penggunaan ICT boleh menggunakan ICT secara lebih efektif.Sikap guru memainkan peranan penting dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu isu yang perlu ditangani bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tsitouridou dan Vryzaz (2003) telah mengkaji sikap guru prasekolah terhadap penggunaan ICT. Dapatan kajian mereka menunjukkan sikap guru dipengaruhi oleh penggunaan komputer di rumah, pengalaman dan kemahiran komputer serta kursus komputer yang dihadiri. Guru yang mempunyai komputer di rumah mempunyai pengalaman dan kemahiran komputer dan pernah mengikuti kursus komputer tidak berasa gelisah dan mempunyai sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan guru ini akan lebih cenderung menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persepsi guru juga memainkan peranan penting dalam menentukan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan persepsi dan sikap guru boleh berubah sekirannya guru diberi latihan atau kursus ICT.

Sikap guru juga merupakan satu faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dawes (1999), guru perlu mempunyai kemahiran komputer terlebih dahulu sebelum mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah, mereka juga perlu mengikuti perkembangan dan perubahan ICT dalam pendidikan. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memastikan objektif KSPK tercapai walaupun mengajar di peringkat pra sekolah swasta.

­­­            Kesimpulannya, amalan menggunakan ICT adalah merupakan salah satu faktor bagi menarik menarik minat murid untuk belajar.  Pihak pengurusan, guru-guru serta murid saling berperanan bagi mencapai matlamat kecemerlangan institusi pendidikan itu.  Apa pun kaedah yang digunakan, semuanya adalah untuk kejayaan anak-anak didik kita.

BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.0       Pengenalan

          Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan ICT yang djalankan oleh sebuah sekolah prasekolah dalam mempastikan kelangsungan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik akan menerangkan tentang kaedah-kaedah penyelidikan, rekabentuk penyelidikan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisian data. Kajian ini akan dijalankan terhadap seorang sepuluh orang guru prasekolah swasta.

3.1       Rekabentuk Kajian

            Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif menggunakan rekabentuk tinjauan dengan mengumpul data dalam masa dua minggu hasil daripada maklum balas sampel kajian yang melibatkan guru-guru prasekolah swasta di daerah Hulu Langat, Selangor. Oleh kerana kajian ini berbentuk tinjauan, maka instrumen soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Soalan soal selidik yang digunakan adalah seperti yang dicadangkan oleh Mohd.Najib Ghafar (1999) iaitu responden dikehendaki memilih respon berdasarkan skala Likert yang telah ditetapkan.
           
3.1.1    Kajian Deskriptif

            Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik
mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan
tepat seperti satu tinjauan pendapat umum untuk menilai sikap pengundi terhadap
pilihanraya atau satu kajian tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling disektor korporat.

Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kajian yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkan alat, mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data serta menyebarkan data. Semua proses ini perlu dilakukan mengikut langkah yang teratur agar proses penyelidikan dapat berjalan secara teratur dan sistematik.

3.2       Sampel Kajian

            Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, sesuatu kajian haruslah merangkumi keseluruhan individu yang terlibat.   Sampel kajian dalam kajian ini melibatkan  10 orang guru prasekolah swasta, maka sampel bagi kajian ini ialah populasi sebenar.

3.3       Pengumpulan data

            Sampel kajian terdiri daripada 10 orang guru di prasekolah swasta yang dipilih secara rawak. Borang soal selidik dihantar kepada responden melalui e-mel. Instrumen kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik dengan skala 4 sela (tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan sangat setuju). Soal selidik yang dibina adalah adaptasi daripada soalan-soalan yang terdapat di dalam beberapa jurnal yang lepas (Bergen, 2001; Levin & Wadmany, 2006; Tsitouridou & Vryzas, 2003). Dalam borang soal selidik terdapat empat bahagian iaitu, latar belakang responden, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, dan masalah  dan sikap dalam penggunaan ICT. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratus untuk menentukan sikap, keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, dan keseriusan masalah yang dihadapi.

3.4       Kaedah Analisis Data

            Pada asasnya, penganalisisan data dalam penyelidikan sosial bertujuan menjelaskan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah dan merupakan satu-satunya kaedah teknikal yang dapat menghasilkan rumusan-rumusan bagi sesuatu kajian (Bakri,2003). Bagi memahami  kaedah di atas, penerangan lanjut bagi setiap kaedah penganalisisan tersebut adalah perlu.

BAB IV
PENGANALISAAN DATA
4.0       Pengenalan

            Di dalam bab ini, penyelidik  membincangkan hasil dapatan yang telah diperoleh melalui soal selidik yang dijalankan secara langsung ke atas sepuluh seorang responden dari sebuah prasekolah swasta yang dipilih. Hasil keputusan dalam kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan dalam bab 1.

4.2.1    Latar belakang responden
a.      Taburan responden mengikut jantina
5 orang responden terdiri daripada 5 orang perempuan manakala  5 orang responden terdiri daripada lelaki. Namun, perbezaan jantina tidak akan dikaji dalam kajian ini.

b.      Kelayakan akademik
Seramai 3 seorang responden berkelulusan akademik SPM, 2 orang berkululusan STPM dan selebihnya 5 orang responden mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda.

c.       Pengalaman mengajar
Lima (5) orang responden mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 1 tahun, 2 orang responden mengajar 2 - 5 tahun, 1 orang responden mengajar 6-9 tahun dan 2 orang responden mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun.

d.      Kelulusan / Kelayakan dalam bidang komputer
Hanya 4 orang responden mempunyai sijil kursus Microsoft Office serta sijil daripada kursus anjuran KPM and selebihnya 6 orang responden tidak mempunyai sebarang kelulusan / kelayakan bidang komputer

e.       Memiliki komputer / laptop atau tidak
Kesemua responden memiliki komputer / laptop

f.        Pernah menghadiri kursus komputer
Lima (2) orang responden tidak menghadiri kursus komputer dalam masa 3 tahun kebelakangan dan 8 orang responden menghadiri kursus komputer (1-3 hari) dalam masa 3 tahun kebelakangan ini.

g.      Guna komputer dalam P&P
Tujuh belas (7) orang responden menggunakan komputer dalam P&P dan 3 orang responden tidak menggunakan komputer dalam P&P.

h.      Kekerapan penggunaan komputer
Seorang (1) responden guna komputer 2 -3 kali seminggu, 3 orang responden guna komputer seminggu sekali, 2 orang responden guna sebulan sekali dan 4 orang responden tidak pernah menggunakan komputer dalam P&P

4.2.2    Penggunaan ICT dalam P&P

Bagi objektif kajian pertama mengenai penggunaan ICT dalam P&P hampir 96% responden yakin mampu menghidupkan dan mematikan komputer dengan betul, 92% responden pula boleh mengawal dan menggunakan mouse dengan baik serta 70% responden tahu cara untuk membuat penyambungan wayar RGB LCD ke komputer; 62% responden tahu yakin dengan kebolehan menyambungkan kabel bagi membolehkan komputer beroperasi 60% tahu fungsi komponen komputer.

Dari segi amalan penggunaan ICT dalam P&P, hanya 47% responden menggunakan perisian komputer untuk menyediakan bahan P&P. Sementara 57% pula sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan internet, mahir guna CD interaktif serta sering guna LCD untuk tujuan P&P.

4.2.3    Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT

Dalam objektif kedua kajian ini mengenai sikap guru terhadap penggunan komputer didapati 93% percaya penggunaan komputer dapat membantu murid memahami pelajaran dan menarik minat murid untuk belajar ; 93% setuju komputer boleh meringankan tugas guru; 85% yakin bahawa mereka boleh menggunakan komputer dengan baik dan 82% responden setuju bahawa menggunakan komputer dalam P& P amat menyeronokkan murid - murid; 78% responden juga bersetuju pengajaran menggunakan komputer amat menyenangkan; 57% boleh guna komputer dalam pengajaran; 57% setuju objektif pengajaran mudah tercapai dengan menggunakan komputer; 50% setuju komputer dapat memperkembang intelek; 43% akan guna komputer jika dipaksa oleh pihak pentadbir serta; 43% akan guna komputer dalam pengajaran jika tahu mengendalikannya; hanya 40% sering guna komputer dalam P&P.

4.2.4    Masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT
Untuk objektif ketiga kajian ini mendapati 98% responden setuju  komputer selalu rosak dan sukar mendapatkan bantuan teknikal sekiranya berlaku kerosakan. Selain itu, 97% responden setuju bilangan komputer tidak mencukupi bagi membolehkan guru menggunakannya. Hanya 53% responden kurang mahir menggunakan perisian komputer, 43% kurang mahir guna LCD, takut jika LCD rosak dan perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan. Hanya 17% responden tidak berpeluang mengikuti kursus komputer.     


BAB V
RUMUSAN

5.0       Perbincangan

            Daripada dapatan yang diperolehi melalui penganalisaan data, jelas menunjukkan Kajian ini penting kerana memberi gambaran sejauh mana guru prasekolah swasta menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, melihat perubahan sikap guru prasekolah serta masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT. Dapatan kajian seterusnya dapat memberi petunjuk bentuk dan jenis kandungan latihan atau kursus yang diperlukan oleh guru prasekolah swasta bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka tentang kemahiran ICT serta teknik atau pendekatan ICT dalam P&P yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P diyakini dapat membantu mencapai objektif pelaksanaan. Dari aspek sikap guru, 85% responden yakin bahawa mereka boleh menggunakan komputer dengan baik dan 82% responden setuju bahawa menggunakan komputer dalam P&P amat menyeronokkan murid -murid; 78% responden juga bersetuju pengajaran menggunakan komputer amat menyenangkan. Dapatan ini menunjukkan peratusan keyakinan responden tidak seimbang dengan peratusan penggunaan ICT. Malangnya, penggunaan komputer dalam P&P masih tidak menggalakkan iaitu sebanyak 56% sahaja jika dibandingkan dengan kekerapan penggunaan walaupun responden mengetahui dan percaya menggunakan komputer dapat membantu murid memahami pelajaran. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah guru prasekolah swasta sedar manfaat penggunaan ICT dalam P&P tetapi mereka sendiri menolak penggunaannya serta kurang menggunakan ICT merentas kurikulum.

Dari segi kesediaan guru prasekolah, dapatan kajian mendapati 67% daripada responden tidak mempunyai kemahiran yang meyakinkan dalam bidang komputer. Hanya 33% sahaja responden yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang tersebut. Dalam situasi ini guru tidak boleh dipersalahkan kerana tidak mempunyai kesediaan dalam penggunaan ICT dalam P&P. Sepatutnya guru perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan ICT sejajar dengan perkembangan teknologi; 83% responden hanya diberi latihan kursus jangka pendek iaitu satu hingga tiga hari sahaja. Kursus ini hanya mampu memberi pengetahuan paling asas berkaitan dengan ICT kepada responden. Kursus ini tidak cukup untuk meyakinkan guru prasekolah swasta menggunakan kemahiran asas yang dimiliki dalam P&P dalam kelas. Dapatan ini ada kaitan dengan penggunaan komputer dalam P&P. Penggunaan komputer yang rendah disebabkan kemahiran guru pada tahap yang paling asas. Guru sepatutnya menghadiri latihan atau kursus sekurang-kurangnya sekali dalam masa 6 bulan bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran komputer yang terbaru dan terkini. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Corston dan Colman (1996) dan Hohmann (1994) yang menyatakan guru kurang kemahiran dan pengetahuan komputer kurang yakin dan seterusnya tidak akan menggunakan komputer dalam P&P.

Dapatan kajian menunjukkan 57% responden menggunakan ICT dalam P&P sama ada di dalam kelas mahupun di makmal komputer. Ini mungkin disebabkan penggunaan ICT dalam proses P&P memudahkan kerja guru dan objektif pengajaran lebih mudah difahami oleh murid - murid.

Dari segi kekerapan penggunaan ICT, hanya 17% responden menggunakannya 2-3 kali seminggu di dalam bilik darjah dan hanya 23% responden menggunakannya sekali seminggu. Dapatan juga menunjukkan 43% responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini amat mengecewakan kerana tidak setimpal dengan jumpah bayaran prasekolah swasta yang lebih mahal berbanding prasekolah milik kerajaan.

Dapatan kajian juga mendapati guru - guru yang tidak menggunakan komputer terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun. Hal ini kerana ledakan teknologi berlaku dengan begitu pantas. Guru tersebut hanya mempelajari kemahiran teknologi seperti OHP dan projektor yang sudah tidak relevan digunakan pada masa ini. Dari segi kebolehan penggunaan ICT, hampir 96% responden yakin menekan butang “on” dan “off” untuk menghidupkan komputer, 92% responden pula boleh mengawal dan menggunakan tetikus dengan baik , 60% tahu fungsi komponen komputer dan 62% responden tahu membuat sambungan kabel bagi membolehkan komputer beroperasi serta 70% responden tahu cara untuk membuat penyambungan wayar RGB LCD ke komputer.

5.1       Rumusan

Analisis dan dapatan kajian ini secara keseluruhannya mendapati guru prasekolah swasta
mempunyai kemahiran komputer, kebolehan dan keupayaan menggunakan komputer.
Mereka juga sedar bahawa penggunaan ICT dalam P&P dapat menarik minat murid
untuk belajar serta memperkembang intelek mereka. Akan tetapi kemudahan ICT yang
rendah kurang menggalakkan dan memotivasikan guru prasekolah menggunakan ICT
dalam P&P. Penggunaan ICT juga dipengaruhi oleh tempoh perkhidmatan guru. Guru
yang lebih lama berkhidmat kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana kurang
didedahkan dengan ICT ketika mereka bekerja  berbanding dengan guru yang baru. Guru
prasekolah swasta sebenarnya tidak ada alasan tidak menggunakan ICT dalam P&P.
Terdapat banyak agensi kerajaan dan swasta yang sentiasa menganjurkan kursus –
kursus komputer supaya guru guru prasekolah swasta menerima ilmu pengetahuan dan
kemahiran ICT yang terkini.

Perubahan sikap guru juga tidak begitu mempengaruhi penggunaan ICT di bilik darjah
Penggunaan ICT di prasekolah swasta masih kurang meyakinkan. Namun begitu
perubahan yang sedikit dalam sikap guru menunjukkan sikap guru masih boleh diubah
sedikit demi sedikit pada masa depan dengan memberi latihan atau kursus ICT bagi
membina keyakinan dan kemahiran guru terhadap ICT dalam P&P. Guru prasekolah
swasta perlu sedar ICT akan menjadi sebahagian pendekatan P&P pada masa kini dan
akan datang. Pengunaan ICT dalam bilik darjah sangat penting untuk mempersiapkan
kanak - kanak prasekolah untuk masa depan mereka. Sebagai guru prasekolah,adalah
penting untuk mengetahui keperluan kanak - kanak prasekolah. Oleh itu,persediaan dan
pengalaman awal kanak - kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan
relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak –
kanak tersebut. Bagi memastikan ICT digunakan secara efektif, guru prasekolah swasta
perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap
perkembangan dan ciri - ciri peribadi setiap kanak - kanak dan mengubah suai teknik
pengajaran mereka mengikut keperluan kanak - kanak tersebut. Guru prasekolah juga
perlu mempunyai persepsi dan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam P&P.
Guru prasekolah swasta perlu bijak dan kreatif dalam penggunan ICT di kelas
prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi kanak -
kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan
ICT digunakan sebagai alat P&P yang dapat dimanfaatkan bagi pembangunan akademik
dan perkembangan sosial kanak - kanak.

5.2       Cadangan untuk kajian selanjutnya

            Untuk mendapatkan satu jawapan yang lebih jelas dan mantap supaya boleh dijadikan satu panduan yang lebih khusus dan menyeluruh oleh guru-guru, penyelidik mencadangkan agar :

                                i.            Pada kajian akan datang, kajian ini boleh dibuat perbandingan dengan kajian-kajian di tempat lain, supaya dapat dilihat adakah kekerapan dan kaedah  yang digunakan oleh sampel-sampel lain mempunyai kesamaan dengan sampel dalam kajian ini.
                              ii.            Skop kajian ini diperluaskan lagi dengan penambahan bilangan lokasi kajian, bilangan populasi dan bilangan sampel supaya dapat dilihat kekerapan dan kesamaan dari segi jawapan oleh responden.
                            iii.            Untuk mendapat kajian yang skopnya besar, penyelidik juga boleh menjalankan kajian ini dengan teknik soal selidik, iaitu menggunakan soalan-soalan untuk mengetahui respon ibu bapa dan penjaga di prasekolah swasta.



RUJUKAN

1.       Azizi Yahaya (2007).Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan . Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
2.       Dawes, L. (1997).Teaching talk. Dlm. R. Wegerif, R. & P. Scrimshaw (Penyt.),Computers
and talk in the primary classroom. Clevedon: Multilingual Matters.
3.       Dupagne, M., & Krendl, K. A. (1992).Teachers’ attitudes toward computers: A review of
the literature .Journal of Research and Computing in Education , 24(3), 420-430
4.       Kassim bin Abbas (2006).Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
5.       Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Konsep pendidikan prasekolah. Dimuat turun daripada http://www.moe.gov.my/my/prasekolah
6.       Kurikulum,B. P.(2010).Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan 2010 (KSPK).Dimuat turun daripada http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_weblinks&view=category&id=74&Itemid =376&lang=en
7.       Simonson, M. (1995).Instructional technology: Past, present, and future (hh. 365-373).
Englewood, CO: Libraries Unlimited

2 comments:

pelangipurple said...

mohon untuk saya jadikan rujukan utk tesis saya. tq

Unknown said...

pengkaji nama siapa

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB