“ Technology will never replace great teachers, but technology in the hands of a great teacher can be transformational ” – Yusri -
... Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku rezeki halal yang diredhai dan direstuiMu yang melimpah ruah supaya aku kaya raya. Agar mewah hidupku, ahli-ahli keluargaku, sahabat handaiku, dan bukalah hatiku untuk bersedekah dan berbelanja ke jalanMu Ya Allah. Dan di dalam aku membina kekayaanku, Kau limpahkanlah juga rezeki yang melimpah ruah setiap insan yang berurusan denganku. Kau selamatkanlah hidup aku serta keluargaku dan sahabat handaiku dunia akhirat, Ya Allah. Aamiiin. .......

Tuesday, December 2, 2014

TEKS UCAPAN PENGURUSAN PEJABAT

Fokus : Pentadbiran Sumber Manusia
Assalamualaikum
Salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang Berusaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran En. Baharuddin bin Mohamed Ibrahim, Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid, En. Jamaluddin bin Nayan, Guru penolong kanan kokurikulum, Puan Azizah binti Abdul Rahim, dan seterusnya guru  - guru Sk Rinching Hilir yang dikasihi sekalian. Saya mulakan ceramah hari ini dengan pantun ini..
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam auditorium yang indah pada pagi yang hening ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian murid dan pelajar kita. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari ini dan berjaya hadir dengan ketepatan masa seperti yang telah dinyatakan dalam surat panggilan minggu yang lalu.
Sebagai Guru Besar di sekolah ini, saya mengalu-alukan kedatangan tuan puan warga SKRH dengan bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang idea pembaharuan atau inovasi dalam amalan pendidikan di sekolah ini. Saya akan menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Pejabat Sekolah. Fokus utama adalah pada bahagian iii iaitu PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA,
Tuan puan yang dihormati,
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat , Pendidikan Malaysia, salah satu fokus utama pengurusan pejabat meliputi pentadbiran sumber manusia. Bilangan guru di sekolah ini seramai 41 orang dengan dibantu oleh 5 orang kakitangan bukan guru memerlukan suatu pentadbiran sumber manusia yang baik supaya tuan puan akan sentiasa bermotivasi bersama – sama saya untuk membangunkan pendidikan sekolah ini selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013  - 2015.
Tuan puan yang dihormati sekalian,
(Rekod Perkhidmatan Pegawai)
Sebagai ketua jabatan, saya bertanggungjawab menentukan maklumat perkhidmatan pegawai dibawah seliaan direkodkan dengan teratur, lengkap dan terkini. Di sekolah ini, maklumat tuan puan telah direkodkan dengan menggunakan komputer atau dalam buku yang telah disediakan untuk tujuan tersebut di pejabat sekolah. Menurut buku panduan pejabat, jika maklumat direkodkan secara manual, catatannya hendaklah menggunakan dakwat kekal.
Tuan puan yang dihormati sekalian,
Prosedur pertama, tuan puan perlulah memaklumkan maklumat peribadi semasa  melaporkan diri bertugas walau dimana sahaja tuan puan bertugas. Sila maklumkan kepada pejabat sekolah sekiranya terdapat perubahan maklumat agar data tersebut sentiasa kemaskini. Sebenarnya, data – data maklumat tersebut amat penting dan dirujuk dalam urusan kenaikan pangkat. Untuk pengetahuan cikgu – cikgu, semua cuti yang dilulus dan diambil juga direkodkan. Di sekolah ini, ramai guru yang telah mendapat anugerah dan kurniaan atas sumbang bakti di peringkat sekolah, PPD, dan JPN. Sijil tersebut juga perlu disimpan salinannya dalam rekod perkhidmatan. Selain itu, sila elakkan perlakuan negatif sebagai seorang kakitangan awam kerana setiap hukuman tatatertib juga diisi dalam ruangan disediakan.
Tuan puan yang dihormati sekali sekalian,
(Penyelenggaraan Rekod Perkhidmatan)
Bagi menjaga dan mengurus semua rekod perkhidmatan bukannya mudah, ditambah lagi dengan bilangan guru yang ramai. Oleh itu, rekod perkhidmatan ini perlu diselenggara dari semasa ke semasa. Semua catatan dalam rekod perkhidmatan tidak boleh dipinda tanpa kelulusan dan kebenaran pegawai yang diberi kuasa.Oleh itu, saya menyeru tuan puan, silalah berikan kerjasama kepada pegaawai atau pembantu tadbir yang menguruskan rekod perkhidmatan ini rekod perkhidmatan adalah bertaraf SULIT dan tuan puan boleh melihat rekodnya dengan sendiri dengan kebenaran pegawai penyelia rekod.
(Rekod Kehadiran)
Menurut surat pekeliling bil II Tahun 1981, Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu di Pejabat Pejabat Kerajaan, semua cikgu mestilah merekodkan waktu sampai dan waktu meninggalkan sekolah dalam buku rekod kehadiran guru. Jangan ada pula tuan puan leka dan cuai mengisi kehadiran ini. Selain itu, di pejabat sekolah juga perlu dipamerkan jadual tugas yang mengandungi maklumat bercuti, berkursus dan bertugas diluar pejabat  dan senang dilihat oleh warga sekolah.
Tuan puan yang dikasihi,
(Penilaian Prestasi)
Penilaian Prestasi juga merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personal yang penting untuk meningkatkan prestasi kerja masing – masing. Baru – baru ini, tuan puan telah diberikan borang penilaian prestasi tahunan untuk diisi dan dikembalikan ke pejabat dengan segera. Tuan puan wajib mengisi sasaran kerja yang perlu dilaksanakan dan dicapai dalam tahun penilaian semasa. Pegawai penilai iaitu saya dan guru – guru penolong kanan akan memberi peluang dan bersedia mendengar pandangan yang diberikan oleh tuan puan yang dinilai berkaitan dengan prestasi tahunan yang telah dilaksanakan dan tindakan penambahbaikan.
(Pemupukan Budaya Kerja Positif)
Walaupun saya baharu sahaja bertugas sebagai Guru Besar di sini, saya lihat warga sekolah ini mempunyai budaya kerja yang positif. Contohnya, sering bantu membantu dan bekerjasama seperti keluarga. Kita hendaklah mempunyai semangat bekerja sebagai satu pasukan dan saya sentiasa memberi tanggungjawab dan kepercayaan kepada tuan puan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.Dalam pengurusan pejabat juga, pemimpin perlu juga menampilkan ciri kepimpinan yang baik dan berkesan. Ini termasuklah tunjuk ajar,kaunseling dan bimbingan (mentoring dan coaching). Selain itu pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang telah memberi sumbangan kepada organisasi,kerajaan dan negara perlu dibudayakan.
Tuan puan yang dikasihi sekalian.
(Sijil Penghargaan)
Pegawai tetap yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang baik secara berterusan tidak kurang daripada 15 tahun hendaklah diberikan Sijil Penghargaan sekiranya telah menamat atau ditamatkan perkihmatan dalam keadaan berikut;
a) pegawai berpencen dan tidak berpencen yang bersara atau disarakan mengikut mana – mana peruntukan dalam undang – undang Pencen (Akta 227 atau Akta 239) kecuali persaraan di bawah seksyen 10(5)(d),10(5)(e) atau 10(5)(f) atau meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Selain itu, ketua jabatan atau orang yang diperturunkan kuasa bertanggungjawab
(a) mendapatkan contoh Siji Penghargaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan mencetaknya untuk keperluan masing – masing.
(b) memastikan Sijil Penghargaan diberikan kepada pegawai yang layak.
(c) menganjurkan majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada pegawai yang akan menerima sijil mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Tuan puan yang dihormati sekalian,
(Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Secara Elektronik)
Maklumat sumber manusia secara elektronik hendaklah dilaksanakan selaras dengan arahan dan garis panduan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Di sekolah ini, banyak sistem elektronik digunakan untuk tujuan tersebut. Ini termasuklah Sistem Maklumat Asas Pendidikan (EMIS) yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data guru, enrolmen murid dan segala peralatan di sekolah. Terdapat juga Sistem E-Operasi bagi melaporkan bilangan guru dan kakitangan bukan guru mengikut anggaran belanja mengurus (ABM) perjawatan yang telah diuluskan. Data Emis dikendalikan oleh Guru Data, En. Muhammad bin Yusof dan Sistem E-Operasi dikendalikan oleh Penolong kanan pentadbiran. Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan dedikasi sehingga data sekolah ini sentiasa betul, baik dan boleh digunapakai di peringkat PPD,JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam merekod aktiviti pembelajaran dan pengajaran murid, semua guru mestilah merekodkan hasil dalam Sistem SPPBS, Aplikasi data murid (APDM) dan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ianya merupakan tanggungjawab tuan puan yang telah diamanahkan mengikut surat arahan sedia ada. Bagi merekod peglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, Aplikasi 1 murid 1 sukan perlulah direkod dan diselenggara dengan baik. Perkara ini diuruskan oleh Penolong kanan kokurikulum sekolah.
Tuan puan yang dihormati sekalian,
Pengurusan Pejabat yang baik akan sentiasa mementingkan semua sumber manusia dibawah kendalian dan berpandukan pekeliling dan buku panduan pengurusan pejabat ini, saya mengharapkan pengurusan pejabat kita akan lebih mantap dan mapan di masa akan datang dengan kerjasama tuan puan. Walaupun, ceramah saya agak ringkas dan menjurus kepada satu bab sahaja iaitu pentadbiran sumber manusia, kita perlu juga tahu hal – hal lain bagi menambahkan ilmu berkaitan pengurusan pejabat ini.
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot ceramahkali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah dari setiap ilmu yang diterima. Saya akhiri ceramah hari ini dengan rangkap pantun…
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 comments:

Label

2023 - BPSM 5S 6 ASPIRASI MURID PPPM Aspirasi Murid dan Inisiatif PPPM BAHAN JPN SELANGOR BAHAN PENATARAN SKPM - G2 2016 BINA WEB BUDAYA SEKOLAH Buku Program CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024 Catatan Peribadi Admin CIRI-CIRI P&P BERKESAN CONTOH EVIDENS SKPMg2 Creativity & Innovation in Education FIZIKAL SEKOLAH GAMBAR PKPGB GAMBAR PKPGB KONVO 2015 UM Garis Panduan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 GMGBM 2018 GURU BESAR I-THINK ICT INOVASI DAN KREATIVITI JADUAL WAKTU PKPGB KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA KALENDAR 2016 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 KERTAS KERJA KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA Kinicki Krietner KOLEKSI TEKS UCAPAN GURU BESAR KOMUNIKASI Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat KONVENSYEN MGB SELANGOR 2015 KURIKULUM & MODEL NATURALISTIK WALKER KURIKULUM BERASASKAN KOMUNITI (KBK) MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melindungi Masa Instruksional (MMI) MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN Myportfolio Guru Besar 2018 Naratif Baharu Amalan Pendidikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2019 NILAI - NILAI MURNI Nostalgia Hidupku NOTA PADAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN ORGANISASI SEKOLAH PAEP2104 APRESIASI SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PAEP4104 : PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN SENI PAET3101 : ETIKA PERGURUAN Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018 PBPPP PBS PDEP 3101 :KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PDEP 3102: Pengurusan Kurikulum PDEP1104 : Pengurusan Dan Organisasi Pendidikan (Management And Educational Organisation) PDEP2106 : REKABENTUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PDEP3102 PENGURUSAN KURIKULUM PDEP3103 : TINGKAHLAKU ORGANISASI PENDIDIKAN PDEP3104 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PDEP4103 PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEKELILING PELAKSANAAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MENGIKUT JAM SETAHUN DI BAWAH KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PEMIMPIN TMK 2018 PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGGUBALAN STRATEGIK SEKOLAH PENGURUSAN DI SWASTA PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN PEJABAT PENGURUSAN RISIKO PENGURUSAN SEKOLAH PENGURUSAN STRATEGIK PENGURUSAN STRATEGIK SEKOLAH RENDAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN PERANCANGAN STRATEGIK PERLEMBAGAAN PIBG PIPPK PPET 3104: PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN PPPM PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PST6 RPH PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT / RPH 2017 RPT MORAL TAHUN 6 (KSSR 2017) RPT PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 1 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 10 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 11 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 12 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 13 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 2 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 3 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 4 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 5 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 6 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 7 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 8 ( KSSR 2017) RPT Pendidikan Islam Tahun Satu MINGGU 9 ( KSSR 2017) SEKOLAH BERKESAN SEKOLAH SEBAGAI BIROKRASI SKPMg2 SOSIOLOGI PENDIDIKAN SWOT SWOT HAL EHWAL MURID TAKLIMAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAKLIMAT UMUM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TAKSONOMI BLOOM TANGGUNGJAWAB GURU BESAR TATATERTIB TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2017 TQM TUGAS GURU BESAR UPSR 2016 VIDEO VIDEO KONVOKESYEN DIRIKU VIDEO PKPGB